Bee Gees

Tuesday, 13 December 2011

Sarapan di Seberang Laut

Pagi Rabu 23 November ni, saya bergegas seperti biasa ke Butterworth. Bukannya kerja, tapi nak kejar keretapi ke Kuala Lumpur pukul 830 pagi. Tiba di stesen pukul 745 pagi, dan terus melangkah memasuki stesen. Keretapi sudah setia menanti, kali ini tepat waktunya, tiadanya Ketibaan Tidak Menentu lagi. Ya lah, stesen hentian permulaan, mestilah tepat waktunya.


Keretapi bergerak tepat 830 pagi

Roziah ke Shah Alam lagi, lewat ke Tg Malim.

Kami yang tertinggal ini, apa lagi, mencari gerai untuk sarapan lah. Tiada gerai yang berhampiran stesen, paling dekat pun di stesen bas Butterworth. Saya tinggalkan kereta di parkir stesen keretapi ini. Terus menapak ke Jetty Ferry.

Berlayar ke Pulau Pinang sekitar 920 pagi. Tambangnya hanya 80sen saorang.

Dalamnya tetap sama sepertimana pertamakali saya menaikinya sekitar 1968 dahulu.

Kapal dan kapalterbang.

Jambatan Pulau Pinang.

Pulau Pinang dari hadapan.

Ferry menghampiri jeti untuk berlabuh.

Perjalanan sekitar 18 minit. Saya dan Izzuddin terus menapak ke arah perhentian bas/teksi di Jeti ini. Suasana hari bekerja, tapi sudah agak lengang, kerana waktunya sudah melepasi waktu masuk pejabat. Hanya menyeberangi jalan raya dihadapan jeti ini, kami tiba di Medan Selera dan terus memesan sarapan pagi ini.

Nasi kandar sepinggan penuh.

Sedangkan saya hanya memesan roti telur. Sudah lama juga saya hentikan sarapan begini atas nasihat doktor, tapi, kali ni, apalah salahnya.

Sekitar pukul 1010 pagi, kami melangkah semula ke Jeti Ferry untuk pulang. Kali ini tiada tiketnya, kerana tiket hanya untuk memasuki Pulau Pinang, sedangkan keluar adalah percuma. Percuma? Mereka dah kira siap dah bila nak masuk Penang tu.

Kapal mewah Cruise di Pelabuhahn Swetternham.

Sekitar pukul 11 kami sudah meluncur laju pulang ke SP. Dua hari ni santailah kami berdua, kerana emaknya Izzuddin tiada dirumah.


Latiff Hariri
0749 11122011
Sungai Petani

No comments: