Akhirnya , sebaik anak anak yang di asrama menyatakan persetujuan, dan untuk menaiki pesawat AirAsia pun, tiketnya sudah mahal kerana lewat pesanannya, jadi yang paling mudah....ke Kelantan sahaja.
Sehari dua sebelum berangkat ni, dimedia sudah diwarwarkan bahwa hujan yang lebat akan melanda Kelantan bermula Ahad 11haribulan . Oh, masih selamat untuk kami sekeluarga ni.
Bergerak meninggalkan Sungai Petani tepat 730 pagi.Hmmm, sudah banyak kenderaan yang bersaingan dengan saya menuju ke Baling pagi ini. Jalanraya dari Baling - Gerik ini agak lengang, tiada pengguna. Masa perjalanan tak sampai 40 minit dari Baling.
Kami tiba di Tasik Banding sekitar 945 pagi. Berhenti untuk sarapan pagi. Sarapannya, Nasi Lemak yang berlebihan sisa malam tadi. Hanya minuman yang kami pesan dari gerai Jeti Awam Tasik Banding ini.
Perjalanan agak nyaman. Tiada kesesakan , dan kami memasuki pekan Rantau Panjang melepasi pukul 12 . Terus memasuki kompleks Imigresen untuk ke Sungai Golok. Terkejut anak anak , rupanya, saya membawa kesemua paspot mereka.
Saya kira, kalau baling batu pun, boleh sampai ke seberang ni!
Terus saya memandu selamba memasuki pekan Sungai Golok ni. Hm , besar jugak pekannya. Tapi, tak berani nak pergi jauh, sekadar dijalan besar ini sahaja, dan saya membuat pusingan U.
Memasuki Malaysia semula, terus ke pusat pekan Rantau Panjang ini, untuk membeli belah sekadarnya sahaja. Lagi pun Solat Jumaat sudah menghampiri.
Kami dah berangan nak Solat di Masjid ini. Jam dah pukul 1 tengahari, mengapa tiada tazkirah atau alunan ayat ayat suci dicorong pembesar suaranya.
Sebaik memasukinya, ternyata...... belum beroperasi.
Laa.... kecewanya. Terus meluncur laju mengarah keluar Rantau Panjang, mencari cari Masjid yang berhampiran.
Selesai solat, kami terus ke Kota Bharu. Saya sudah membuat tempahan di Perdana Resort, jadi kami terus kesana. Sebelum itu , kami sudah berhenti di tengah Bandar Kota Bharu ini, bertanyakan hotel hotel berhampiran, ternyata masih banyak kekosongan kamarnya.
Akhirnya , saya batalkan niat untuk bermalam di Pantai Cahaya Bulan ini.
Memang lebih menarik menginap di tengah kota.
Ini kemestian, walaupun saya bukanlah berminat sangat dengan nasi nasi ini. Malamnya hanya berjalan kaki disekitar KB Trade Centre.
Saya memang jenis tidur awal, dan mudah letih, jadi sekitar pukul 10 saya dah mula 'hilang'.
Paginya Sabtu ini, saya keluar dari hotel untuk sarapan. Mencari cari didalam sesawang dimana letaknya Restoran Wau, Yati Ayam Percek, Restoran Ulam Cikgu. Dan dengan menggunakan daya ingatan, saya memandu terus mencari, dan ketemu dua dari tiga restoran yang dicari.
Ini semua gara gara Idid Marcello yang mencanangkannya didalam TV3 tu tentang keselesaan dan keenakan makanan di sini.
Saya lebih berminat untuk berFB sahaja disini.
Saya seketika disini, terus naik ke hotel untuk lepak sendirian.
Latiff Hariri
0728 13122011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment