Hujan teramat lebat subuh tadi, dan bersambung hingga ke pukul 10 pagi. Ok aje, sebab ramalan cuaca pun dah kata begitu. Dan tak jadihal, sebab kami pun dah nak balik. jangan banjir dalam perjalanan pulang sudahlah.
Kami keluar dari hotel pukul 1030 pagi, dalam renyai pagi. Bergerak untuk sarapan dan makan tenghari . Bahasa Inggerisnya, Brunch - Breakfast and Lunch .
Kami disini melepasi pukul 11 pagi. Sebabnya , saya masih belum puas mencuba masakan ala-carte nya. Kelmarin hanya sarapan. Kata pelayannya , ala-carte hanya bermula melepasi pukul 1030 pagi.
Dan saya pun memesan dua pinggan sekali gus. Kue-teow kerang dan mihun hailam. Kan saya kata tadi, brunch.
Keluar dari restoran menghampiri pukul 12 tengahari. Masih hujan gerimis di luar. Perlahan saya memandu mengarah ke Pasir Mas. Mengikut ingatan dari pemerhatian di Google, saya harus memasuki bandar ini untuk ke Mundok.
Ya, ya. Kereta ini tiada GPS. GPS saya hanya dikepala, dan dengan mengikut papan tanda arah jalan sahaja.
Pekan Pasir Mas - Meranti -perkampungan sekitarnya - sebelum menghampiri Mundok. Itupun, berhenti tanya GPS orang awam di sepanjang perjalanan ini.
Saya tiada halangan untuk berhenti seketika di mana mana pun. Lagi pun esoknya, saya masih bercuti, begitu juga dengan anak anak.
Kami tiba di tepian jalan ini, bersebelahan dengan Sungai Golok. Ternampak papan tanda ini.
Saya tengok ada tanda arah ini, dan ada banyak kereta bersidai disamping Sungai Golok. Buatnya banjir, pasti hanyut semua kereta kereta ni. Tapi, saya selamba juga, parkir bersama sama kereta kereta yang lain.
Sudah ada bot yang berulang alik bersama penumpang. Saya rasa jaraknya ke seberang sana tidak melebihi 80meter sahaja.
Ada 4 tentera yang berkawal. Pada awalnya , mahu saya menyapa mereka bertanyakan samaada kami boleh menyeberang. Tetapi , bila ada tetamu lain yang selamba sahaja berjalan kearah bot, dan terus menaikinya, kami sekeluarga pun selamba samalah.
Tapi air Sungai Golok ini agak deras. Mungkin di hulunya sudah bermula hujan lebat.
Dalam hujan yang agak lebat ini kami menaiki tangga jeti dan terus ke gerai bersebelahan. Semua gembira walaupun hujan.
Hujan agak lebat. Kami bersidai di sekitar gerai berhampiran jeti. Tak dapat bergerak kemana mana. Payung dibeli untuk memudahkan gerakan.
Kami dari satu gerai, ke satu kedai. Lebih kepada melihat lihat apa yang menariknya. Berminat dengan periuk yang boleh dikatakan berpatutan harganya. Asalnya mahu membeli yang 6 beradik, tetapi memandangkan beza harganya yang lebih kurang aje ni, kami beli yang 12 unit .
Lagi pun bukan duit dari poket saya. Usung ajelah. Saya hanya membeli 2 kg buah Mata Kuching. Kelmarin harganya di Rantau Panjang RM9/kg, disini saya dapat RM6/kg.
Kami disini tak sampai sejam, sebab cuaca tak mengizinkan untuk merayau rayau.
Dah penuh tangan dengan barang barang belian, seolah olah tiada jualannya di Malaysia. Kami pulang semula ke tanah air, hehehe.
Tiada masaalah untuk pulang. Bayar aje tambang RM1 saorang kepada bot penambang. Tiada paspot yang perlu di copkan.
Perlahan kami bergerak memasuki Pekan Rantau Panjang dan terus mengarah ke simpang mengarah ke Jeli-Gerik. Saya tiadak terburu buru untuk pulang. Semuanya sudah selesai untuk percutian 2011 ini.
Berhenti di R&R sebelum menghampiri Tasik Banding. Kami disini sekitar pukul 3 petang. Suasana nyaman dan berkabus
.
Perjalanan kami teruskan, tiada hentinya lagi, terus meluncur laju menujuj Gerik . Sekitar pukul 4 petang kami sudah melepasi persimpangan Gerik dan terus mengarah ke Baling
.
Lebuhraya Gerik-Baling sekitar 430 petang.
Memang lebuhraya ini memendekkan perjalanan dari Baling ke Gerik melebehi 30 minit. Memasuki persekitaran bandar Sungai petani sekitar pukul 6 petang. kami disambut oleh keretapi barang yang menghalang perjalanan pulang kami.
.
Latiff Hariri
2018 17122011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment