Bee Gees

Tuesday 13 August 2013

1 Syawal 1434 - Tetamu Pertama Rumah Ke7

1 Syawal 1434 = 8 Ogos 2013

Izzuddin , Roziah, Latiff, Ustaz Ramlan , Pn Jamaiah, Bonda Bahara, Malini , Aqilah.
Puteri puteri, Muhammad Aminulfahmi, Nur Aminatul Faaizah, Muhammad Aminul Hakim & Muhammad Aminul Arif

Saya tidak menjangkakan semua ini. Dah saya kira, sekitar 5 tahun persahabatan saya dengan beliau. Masih mudalah kiranya.

Sudah saya akui secara jujur didepan beliau, disaat pertamakali diberitahu bahawa ketua Mutawwif rombongan Umrah kami sekitar 2008 itu adalah saorang Ustaz  yang dari tafsiran mata saya teramat muda.

Perasaan curiga akan kemampuan Ustaz Ustaz muda ini menerajui makmun yang dikira pangkat abang ayah ini, tidak boleh saya sangkalkan.

Perasaan syak itu terubat bila adik saya, Ustaz Ibrahim menceritakan serba sedikit latar belakang Ustaz muda ini. Dan sebaik selesai daftar masuk di KLIA, secara ringkas memperkenalkan diri beliau kepada rombongan kami ini, yang saya kira sekitar 33 orang itu, hati saya menjadi lega bila dengan rendah diri Ustaz itu mengenengahkan Ustaz Ibrahim sebagai Tok Guru beliau yang selayaknya mendahului rombongan kami ini!!

Curiga saya tidak habis di KLIA, ianya berlarutan hingga ke Masjidil Haram......

Muda sangatlah, nak buat macam mana?!

Ustaz Ramlan bersama bonda beliau dan isteri.

Saya terkejut bila beliau menyatakan keinginan beliau untuk bertandang kerumah saya sempena 1 Syawal 1434 ini.

Memang saya nanti natikan saat ini.

Dahulu, sekitar Mei 2008 tiada yang mengenali beliau. Waktu berUmrah bersama beliau pun, saya dapati beliau jarang berada bersama jemaah rombongan kami. Kemana beliau menghilang diri, itu yang saya curigakan. 

Dan yang menjengkelkan saya bila ada dua ahli rombongan yang saya kira mengiringi Ustaz Ramlan ini, yang begitu 'bebal' memakai T-Shirt berlambangkan logo parti itu di dalam pesawat menuju ke Jeddah!

Saya boleh agak dah dimana pendirian Ustaz muda ini.


Anak anak Ustaz Ramlan

Tapi, sedikit demi sedikit persoalan saya terjawab dengan sendiri, ataupun dirungkaikan oleh Ustaz Ibrahim Ahmad ketika kami beradu didalam kamar Hotel. 

Ya, semasa di Madinah pertamakali, saya, Izzuddin, Ustaz Ibrahim , Ustaz Ramlan dan saorang Ustaz warga Indonesia duduk sekamar lagi.

                                         
Roziah dan isteri Ustaz Ramlan.

Berkisah tentang semalam........menguatkan Ustaz Ramlan!

Bila foto beliau terpapar dimedia perdana bersama sumpah cacamerba Saiful Bukhari itu, ramai yang mengejek dan mengherdik beliau secara berdepan atau secara 'dosa kering' -dibelakang.

Ada yang memaki dan mencerca. Saya tidak kurang terasa tempiasnya, sebab menjadi buah mulut ketika itu, bila setiap kali saya bertembung dengan orang orang Pakatan, hanya kata kata hina yang dihamburkan!

Kerana mengenali beliau dan keyakinan akan kata kata pujian yang Ustaz Ibrahim berikan kepada beliau di Madinah dan Tanah Haram, saya menjadi benteng pertahankan bahawa Ustaz ini berada diperjuangan yang sama .


Bersama anak bongsu beliau.

Kini Ustaz dah terasa lapang. Ujian yang amat 'dasyat' telah beliau lalui dengan penuh keinsafan diri dan berserah kepadaNya. Ustaz boleh melangkah dengan laju menuju ke Sana.

Bak kata Ustaz kepada kami petang ini. " semuanya telah tertulis di Sana. Seoarang budak yang dilahirkan di Sandakan, dibesarkan di Penanti , Kubang Semang, berpendidikan sekolah Pondok dan akhirnya menjadi Imam 3 Masjid Wilayah....tanpa terfikir yang beliau bakal melalui detik hitam di iniaya dan difitnah, dan terus menjadi ingatan seluruh warga Malaysia amnya, khasnya Muslimin Muslimat. Dan melafazkan pendirian beliau semula di Masjid Permatang Pauh, dimana daerah inilah yang membuka minda beliau tentang Islam, dan tidak mudah terpedaya dengan janji janji palsu pemerintah yang zalim yang mempermainkan Sumpah sesuka hati di Rumah Allah...."

Amin......

Lama kami berbual, dan sekitar 520 petang kami dua keluaraga bergerak kerumah Tok Guru beliau untuk berEid Fitry lagi.

Saya berdoa menghajatkan agar Ustaz Ibrahim belum pualng kerumah mertua beliau di Chenderong Balai...

Langkah kami terkanan.....

Ustaz Ibrahim ada 10 akad nikah untuk 2 Syawal 1434 ini.

Jadi, secara automatik, terbatal pulangan beliau ke kampung mertua di Perak....kesiannya. 
Sesiapa yang tahu akan tugasan soarang Imam ni, pasti tahu, betapa beratnya amanah yang dibayar dengan pahala sahaja, wang ringgitnya sedikit.

Ketupat dan rendang   ...kanan sekali adik Ustaz Ramlan, Malini.

Petang itu, kami bergerak pulang sekitar 630, mengarah ke Masjid Al-Amin untuk mengerjakan Solat Asar yang tertunda.

Isteri Ustaz Ibrahim melayan.....

Dihadapan rumah Ustaz Ibrahim

Destinasi seterusnya ke Masjid AlAmin

Di hadapan Tahfiz Al-Amin.

Ustaz Ramlan bergerak ke Sungai Lalang kerumah kenalan beliau seterusnya.

Terima kasih Ustaz kerana sudi bertandang ke rumah kami. Panjang usia kita ketemu lagi.....

Latiff Hariri
2058 13082013
Sungai Petani


No comments: