Bee Gees

Thursday, 22 August 2013

3 Syawal Beraya di Ipoh

Kami keluar dari Paya Jaras ni pun sudah melepasi pukul 11 lebih sikit, jadi saya dapat rasakan saya tak akan dapat hadir di Ipoh sebelum pukul 1. Ini jemputan rasmi dari rakan sekolah rendah/menengah saya ni. Saya wajib hadirkan diri.

Perjalanan lancar walaupun dari utara agak sesak. Baru Hari Raya ketiga ni.

Kami tiba di Simpang susur ke Ipoh/Chemor ini sekitar pukul 115 tengahari. Dik kerana jarang jarang saya bertandang ke rumah beliau ni, tersesat dia tiga kali lah juga , untuk mencari simpang yang tepat.


Roslan Abd Wahab.

Dah ramai tetamu walaupun kami tetamu pertama dikalangan rakan rakan sekolah beliau. Saya diberitakan akan kehadiran dua rakan baik kami, sebaik 40 minit  saya berundur diri.

Nasi Beriani ----memang antara Nasi beriani terbaik.

Farah - isteri Roslan.

Kami terpaksa bergerak segerak kerana mahu menziarahi rumah rakan sekolah rendah ini pulak. Saya main terpa sahaja, kalau ada rezeki berjumpalah. 

Dan langkah kami kekanan, mereka sedang bersiap untuk berhari raya di Pulau Pangkor. Hebat tu!!

Abang Man dan Faridah.

Faridah merupakan bodyguard Roziah semasa kami di darjah 1 dan 2 dahulu. Bodyguard dari gangguan hero darjah 1 ni.

Keluar dari rumah abang Man ni pun dah melebihi pukul 3 petang. Saya menalipon rakan sekolah rendah yang lagi dua orang ni, ternyata mereka berada di Lenggong.

Ya, apa lagi, pecut aje, memasuki pekan Chemor, Sungai Siput, melencong ke simpang Kati dan terus memasuki jalan Kuala Kangsar Lenggong.

Dah rumah ke 16 dah.....sakan, baru 3 hari.

Tak sampai sejam pun, kami dah terpacak di Kg Gelok, Lenggong.

Latiff Hariri
1748 21082013
Sungai Petani

No comments: