Bee Gees

Tuesday 27 August 2013

Ziarah si Dhiyaa

17 Ogos 2013/10 Syawal 1434

Petang Khamis saya dah siap cantas sekitar 7 mayang pisang cam pur campur. Awak, Berangan dan Nangka. Saya warwarkan melalui FB seolah olah mahu jual seperti biasa. Dan tiada yang tahu rancangan saya yang sebenar.

Hari Isnin  12 haribulan saya sudah memulakan tugas di pejabat. Tiada yang menarik Raya 2013 ini. Saya tidak teruja untuk bercuti.

Saya kecilkan menjadi sesikat supaya mudah untuk dimasukkan kedalam kereta.

Kami bergerak pagi Sabtu ini sekitar 845 pagi. Saya tidak tergesa gesa, kerana tiada temu janji yang saya buat untuk berhari Raya di rumah sesiapapun, kecuali Dhiyaa.

Kami menghampiri tol terakhir ini pun sekitar 1230 tengahari. Kira lajulah jua pemanduan saya, walaupun diawalnya dikemudi oleh Faiqah. Bertukar jurumudi di R&R Simpang Pulai.

Sebaik memasukia pagar rumah , soalan cepumas ditanya Dhiyaa, "Kenapa datang ni?".

Hahaha, ketawa saya didalam hati. Jenuh emaknya membetulakan persoalan Dhiyaa.

Budak budak.....


Nasi himpit , rendang, kuah kacang dan biskut Raya. Kira 'lepas'lah makan tengahari kami untuk hari ni!

Ayah Dhiyaa, Din Selamat.

Boleh kami melepak disini sehingga pukul 230 petang. Itu pun , nak beli hati Dhiyaa ni, bukan senang. Disaat penghujung baru dapat duduk bersebelan, dan beliau mula membri respon setuju untuk berkawan.

Dhiyaa dah boleh berkawan dengan Faiqah.

Bergerak ke Shah Alam, tapi adik saya tiada, jadi saya terus ke barat Shah Alam untuk sambung berhari Raya di rumah kedua pulak.

Latiff Hariri
1928 27082013
Sungai Petani

No comments: