Bee Gees

Wednesday 6 November 2013

Aman Shah In Control

Ini sambungan selepas waktu rehat.

Taiping ni sinonim dengan hujan, jadi, untuk mengelakkan tempias dan bunyi deruan angin dan hujan, kesemua pintu sisi dewan ditutup.

Dimulakan oleh sdr Aman Shah dengan topiknya, ' Dream and Plan for The Future'.

Topik yang serius dipenuhi dengan FAKTA  dan ANGKA dan penyampaian dalam Bahasa INGGERIS sepenuhnya.

Aman Shah lulusan Ekonomi dari Australia, dan beliau juga merupakan kenalan sebandar abang saya di Australia suatu ketika dahulu.

Ok, Aman sedang bersedia untuk kedepan....

Ya, saya berikan tumpuan seketika pada apa yang mahu dikongsi oleh Aman, ternyata amat serius dengan data dan fakta yang tidak boleh disangkal.

Perancangan yang dibawa oleh Kerajaan menunjukkan bidang pendidikan yang mana menjadi teraju utama Negara.

Pada saya, memang terlalu tinggi untuk difahami pelajar SPM, tapi memang berbaloi mendengar dari orang orang atas didalam bidang dan kepakaran mereka.

Aman tekun memberi penerangan. Tamat sekitar 30 minit.

Memang menarik bagi saya yang sudah berusia ini.

Akhirnya pelajar pelajar diperkenalkan kepada setiap OE81 yang bakal menerajui 'kelas' masing masing. Dimulakan oleh Prof Khairul dan Din Selamat.

Saya tabik spring kepada mereka berdua ini, tak kurang dari 50 pelajar mengekori mereka memasuki kelas.

Mej Jen Dato Abdul Mealek membuka bicara tentang bidang Ketenteraan khususnya Uni Pertahanan Malaysia. Sekitar 16 pelajar yang berminat.

Mej Jen Abd Malek berbicara didalam Dewan sahaja kerana tidak mahu menyusahkan beliau menaiki tangga kelas yang bertingkat tiga itu!

OE81 oklah, mereka muda dihati lagi.

Dato mahu semua menjadi Pegawai Tentera, belajar di Uni Pertahana, siap dapat elaun lagi, katanya.

Saya tidak dapat mengikuti pencelotehan Dato sehingga tamat, kerana harus menyelia sekitar enam kelas lagi , yang sedang berlangsung di bangunan blok berdekatan.

Teruja nak tengok kawan kawan ini menjadi Guru part time di SM King Edward VII.

Ada yang dah kata, " memang aku teringin nak jadi Cikgu dulu, tapi tak dapat."

Latiff Hariri
1918 06112013
Sungai Petani

No comments: