Bee Gees

Wednesday 18 May 2011

Jom Tengok Dusun

Pagi Selasa 17 Mei ni, bangunnya saperti biasa , walaupun lewat sekitar 30 minit.

Sempat mencuci persekitaran jalan memasuki taman perumahan kami ini. Rumputnya sudah memenuhi tebing jalan. Dengan menggunakan penyodok, saya bersihkan pasir pasir yang dibawa air sewaktu hujan lebat supaya tiada rumpai yang tumbuh lagi. Nanti ada kesempatan, nak disembur racun pulak.

Cuti sekolah mendatang ada kenduri perkahwinan anak jiran dibelakang rumah, kalau tak dibuat sekarang, tak akan ada masanya lagi.

Selesai sarapan di pekan Tikam Batu, kami memasuki kampung Permatang Kedondong, tengok tengok kebun dan bertanya khabar durian yang berputik dahulu, dah jadi buah ke? Saya agak segan mengintai sejak kebelakangan ini sebab cuaca hujan yang agak lebat....

Dan masih belum berkesempatan untuk menolak tanah ini dengan jentolak yang menggunakan 'piring' bagi menggembur tanah kerana hujan masih tak keruan di Sungai Petani ni. Dah 2 bulan terbengkalai projek ini. Harus kena denda ni.


Bersama Jan, anak anak panggil Pak Ndak Jan. Beliau usahakan seekar bendang kami.

Sambil memerhati dari jauh, saya agak segan nak tengok durian durian ni, sebab agak kecewa dengan cuaca, dan dari bisik bisik saudara sekampung ni, tak banyak yang menjadi buah tahun ini, walaupun pada awalnya, putiknya cukup sakan.

Nak tak nak , saya masuk juga tanpa menggunakan kasut kebun. Sisa sisa kayu yang di jentolakkan 2 bulan lalu masih belum habis dibakar gara gara cuaca.

Terkejut besar saya bila mendongak ke atas!!

Allah Maha Besar!! Ramainya!! Hehehe

Dari kejauhan, ada 5 pokok yang berbuah, yang lagi dua tiada hasilnya. Purata sebatang pokok , ada yang melebihi 100 biji durian, ada yang sekitar 50 . Congak congak dari 5 batang pokok ini, purata dari 350 - 420 biji yang menjadi buahnya!!! Gembiranya!!

Tuan kebun yang penyegan nak turun kebun, cuma musim buah aje dia datang jengok.

Saya dah mula berkira, mungkin durian ini akan mula luruh pada pertengahan June mendatang, harapnya waktu cuti sekolah, tapi, lebih kepada pertengahan.

Kepala mula ligat ber'calculator',

June ini ada saorang rakan KEVII-1 yang akan pulang dari Amerika, agaknya sempat berpulut -serawa durian, bernasi lemak dengan beliau di perkarangan sekolah KEVII-1 nanti, juga bersama rakan rakan yang sudi hadir pada salah satu Ahad penghujung June, atau awal Julai.

Kepada rakan rakan FB, rakan sepejabat, rakan se OE, rakan SMDA/SRJK, harap anda semua berada dalam mode 'stand-by' untuk pesta durian samaada di kebun ini, atau di perkarangan pokok pokok sekitar SR KEVII-1 nanti.

Kepada kaum keluarga, sahabat handai jiran tetangga, guru guru.... semuanya terbuka, cuma pastikan bila saya warwarkan, buah semakin banyak luruh, pastikan anda bertandang ke Sungai Petani.

Ini pokok Jambu susu yang begitu banyak, cuma sekadar termampu sahaja yang saya petik, banyak semut hitam. Tupai pun dah mula bertandang.

Nangka yang mula mengeluarkan hasil bila saya dah tolakkan hutan rimba , nak kena baja dalam masa terdekat ni.

Getah pulak dah jatuh harganya.

Laaaa, kena tebuk tupai, ini buah awal yang jatuh.

Sekadar 30 minit di kebun ini, bergerak pulang untuk berehat .


Bendang yang dikerjakan Jan.


Ini cempedak diatas pagar rumah saya, tiada kena mengena dengan dusun di sana. Tahun ni cempedak tak menjadi , banyak yang buruk ditengahnya, nak beri pada jiran tetangga pun jadi segan. Cuaca masih tak menentu sepanjang dari Mac lalu.

Dan sebenarnya, bulan June-Julai ini jugak, jadual saya agak padat. Menanti kehadiran rakan KEVII-1 untuk sarapan , keinginan menerima jemputan dari rakan di Sarawak, rakan dari Kerinchi di Sumatera Barat untuk acara Pesta Kebudayaan - yang saya pasti kiranya saya kata ya, pasti 'karpet merah' menanti kehadiran saya, kerana selalunya jemputan datang dengan Kad Besar dari Kantor Bupati ditandatangani Bapak Bupati Kerinchi sendiri!

Kenduri kawin lagi sekali , dari kota Medan, juga dibulan Julai.

Teruja hendak bersama..tapi, tengok keadaan ajelah nanti.

Ada yang mahu turut serta? - pilih yang mana anda mahu bersama.

Latiff Hariri
1138 17052011
Sungai Petani

No comments: