Bee Gees

Sunday, 29 May 2011

Mini Re-U 2OE-4Convent81 di Majlis Perkahwinan

28 Mei 2011

Setahu saya, saya hanya menerima 3 kad jemputan kahwin untuk cuti sekolah kali ini. Ok lah tu, kalau banyak sangat pun, ikhlas cakap, tak semua yang saya dapat hadir.

Yang pertama dari jiran belakang rumah saya ni. Bernikahnya di Kota Bharu, Kelantan, pada 3 Jun 2011. Sambutannya di Sungai Layar pada 11 June. Yang ini pasti hadir.

Yang kedua : Anak kepada Arwah Baharum, sepupu saya ni yang meninggal tahun lalu. Ini wajib.

Yang ketiga : Abang Din Pendang. Yang ini gagal, sebab pada saat akhirnya, saya berubah hala dari menuju Pendang , saya kearah Lekir, Hilir Perak. Acaranya sama, majlis Perkahwinan. Cuma, rasanya lebih afdal bertemu rakan rakan sekolah yang menyambut menantu pertama mereka.(Abang Din: Maafkan saya, nanti kita lepak minum petang lagi)

Bergerak sekitar jam 1 dan kami tiba tepat di rumah Pengantin ni sekitar 320 petang.
Paling tepat, Felcra Lekir, Sitiawan. Pertamakali saya menjejakkan kaki ke perkampungan ini.
Terkejut besar Puan Rumah, walaupun udah dimaklumkan awal oleh sesaorang akan kehadiran kami. Bertamu selepas 30 tahun .

Convent Class 81 Azian, Roziah dan Noridah.

Convent Class 81. Roziah, Junidah dan Noridah

Keempat empat mereka, sepertima rakan rakan OE81 saya, datang dari luar daerah Taiping dan dimasukkan kekelas Rancangan Khas.

Satu OE75, Tiga Convent81 dan Satu OE81. Di 92 Felcra Lekir, Sitiawan Perak.

Convent81 bersama pasangan masing masing

Kami bergerak meninggalkan majlis sekitar 515 ptg.

Saya masih memikirkan samaada berkesempatan untuk mencari rumah arwah rakan OE1981 ni, di Bagan Datok, Teluk Intan ni. Memang saya kurang hafal jalan disebelah hilir Perak ni. Bertanya rakan OE81 tentang arah tujunya, serta bertanya orang awam dan Balai Polis Rungkup.

Terasa risau jugak, kerana sudah menghampiri maghrib. Dan saya berada betul betul dihadapan rumah orang tuanya, sekitar 710 senja. Memberi salam dan berceritakan hal sebenar kepada adik beliau, Shahrul. Akhirnya saya memohon untuk bertemu ibu beliau.

Bonda Bariah dan Shahrul. Wajah arwah Zul iras iras emaknya.

Saya ingat ingat lupa. Zul pernah bercerita pada saya yang keluarga beliau besar.
Bila Shahrul kata kesemuanya 17 orang dari satu ibu, saya terkedu!!

Adik beradik saya 13, pun saya dah rasa cukup besar.

Saya tidak lama disini, sekadar mendapat data data yang harus saya catit untuk rekod dan makluman semua.

Tahun 1979 , sebaik tamat SRP, saya, Lan Wahab, Zul, Daud dan Hatta Harun, pernah bertandang kesini, walaupun sekejap. Rumah dahulu udah banyak bezanya dari sekarang.

Sekitar 725senja, kami bergerak pulang mengarah ke pekan Rungkup, dan terus ke pekan Batu 6 mencari rumah arwah Zul. Mungkin masa tidak sesuai, ya lah waktu pun tengah maghrib.

Saya hanya berbual melalui talipon bersama balu. Dan melalui beliau, saya dapat serba sedikit latar belakang Allahyarham , sebaik tamat SPM. Beliau meninggalkan 3 anak lelaki dimana yang sulong kini berusia 13 tahun.

Walau bagaimanapun, saya berpuas hati kerana sekurangnya saya masih dapat bertandang kerumah Arwah Zul selepas 32 tahun.

Perjalanan kami teruskan dengan memasuki bandar Sitiawan, mengarah ke Ayer Tawar dan terus ke Manong- Kuala Kangsar-Padang Rengas, dan berhenti makan di Changkat Jering sekitar pukul 10 malam.

Hanya tiba di Bandar Sungai Petani sekitar pukul 0015 tengah malam Ahad 29 Mei 2011.

Ini yang berjaya saya dapatkan dari simpanan keluarga Allahyarham.




Ini foto terakhir Idil Fitry/Idul Adha Allahyarham bersama isteri dan anak anak sekitar 2006(?).

Iras irasnya masih ada, dan disaat ini hanya Alfatihhah yang termampu saya berikan.

Terimakasih Zul, atas kenangan dari Tingkatan 1-Tingkatan 5.

Untuk rekod, adik kepada emak Zulkifli Bahrain ni, Pak Dollah namanya, berkahwin dengan makcik saya yang saya panggil makcik Or Or. Semasa Zul di RK1, beliau pernah bertandang kerumah saya di belakang Balai Polis Aulong tu. Masa tu, saya hairan jugak, apahal budak asrama KE ni berpakaian batik merah tu, datang kerumah aku ni? Rupanya, Makcik Or Or tu , adik ipar emak dia.

Saya kira, tugas saya buat masa ini selesai. Semua sudah saya temui.

Nak cuti cuti Malaysia sekejap.


Latiff Hariri
2012 29052011
Sungai Petani

No comments: