Ramai rakan SRJK/SMDA/SMKEVII komen - "Hang ni aktif sungguh, tak reti duk diam ke? Ada saja aktiviti."
Jawapan saya. " Anak anak dah besar, bebanan menjaga mereka semakin berkurangan terutamanya kesihatan. Itulah untungnya kawin muda ni, hehehe."
Lepas konsert D"LLOYD, pagi Sabtunya saya terus pulang, tak singgah kemana mana pun, hingga ada yang komen, seolah olahnya tak mahu 'berkawan' lagi sebab tak datang bertandang. Saya ni , banyak kawan, jadi memang saya hargai setiap persahabatan.
Hingga kini saya masih belum berkesempatan untuk menziarahi Ishak Latfi di Rumah Kebajikan Taiping, walaupun sering pulang ke sana. Rakan saya yang kurang sihat di Lenggong tu pun masih tidak dijengok. Ini semua pada saya, masih terhutang selagi tidak dilangsaikan.
Yang ini , ke KL, paling tepat Shah Alam.
Bergerak sekitar 630 pagi Jumaat ke Ipoh destinasi pertama.
Tiba di Ipoh sekitar 820 pagi, sebenarnya ke Kelebang bertemu janji dengan Roslan Wahab, tapi sarapan kami di Gunung Rapat. Sengaja kami rahsiakan rancangan kami untuk bertemu dengan rakan SRJK KEVII-1 ini dari pengetahuan beliau. Tetapi, kami berlangkah kiri, beliau menghadiri seminar pulak. Jadi, kami berdua ajalah minum bersama.
Roslan Wahab rakan sekelas saya sekitar 1974-75-76.
Kami ke kelas yang berlainan semasa Tingkatan 1, kerana Roslan terpilih memasuki kelas Rancangan Khas, sedangkan saya memasuki kelas 1A3. Kembali bersama bila memasuki tingkatan 4 hingga 5.
Selesai sarapan sekitar pukul 10 pagi, saya bergerak semula ke Klebang ke rumah rakan ini. Ini yang payah bila ramai yang ajak bertandang, kalau tak gi, merajuklah pulak. Tahu tahu ajelah, dah tua tua ni merajuk..., payah nak pujuk.
Dah kena tosei dan capati dengan Roslan tadi, pekena 2 bungkus nasi lemak pulak di rumah Abang Man Faridah ni.
Bergerak ditengah hari ini menuju ke Kuala Lumpur. Panduan perlahan, tiada apa yang mahu dikejar pun. Tiba di Shah Alam sekitar jam 2 , terus ke Sek17 ambil kereta anak untuk ditinggalkan kepada mekanik untuk diservis apa yang patut. Anak anak la ni untung, semua mak pak aturkan. Saya dulu waktu begini, masih naik bas mini/tak pun bas merah KL/Kelang tu.
Sekitar pukul 5 , selesai saya bertandang dirumah adik saya yang kaki kayuh ni, kami bergerak ke Seremban untuk bermalam disana. Sempat saya merayau malam ke daerah Senawang mencari rumah rakan tingkatan 2 saya, yang saya kisahkan terdahulu tentang lagu nyanyian kami berdua , Kisah Saorang Gadis tu.
Saya pernah kerumah beliau di akhir tahun 1984 dahulu dimana ayah beliau, Sarjan Mokhtar berpindah dari Taiping. Mereka ni orang Minang jugak, sebab tu boleh ngam dengan emak dan ayah saya sewaktu kami menetap dipersekitaran Balai Polis Aulong,
Saya gagal mencari rumah beliau , mungkin sebab dah malam. Apa khabar agaknya Makcik Mai dan Pakcik Mokhtar sekarang?
Seawal jam 930 pagi, kami bergerak semula ke Kuala Lumpur, setelah selesai urusan kerja kami.
Dan terus ke UiTM Shah Alam untuk mencari parking yang sesuai supaya tidak bertembung dengan kesesakan lalulintas.
Ini Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM . Sebelum ini Dewan Budiman menjadi acara kebesaran setiap kali konvokesyen UiTM.
Ok, menarik.. dan boleh tahan.
Kami masuk agak lewat, tempat banyak dah dipenuhi ibubapa. tapi puas hati sebab view cantik.
Kira ada 2 lantai diatas, dan penuh semuanya.
3 serangkai menoleh keatas bila saya memberi isyarat.
Acara bermula sekitar pukul 2 dan tamat melepasi pukul 5 petang.
Selesai acara ini, sempat saya berfoto seketika bersama Aqilah, untuk terus ke kedai mekanik, untuk mengambil kereta yang dah siap diservis, dan masuk semula ke UiTM untuk sesi fotografi.
Dah lengang, dapat saya parkir diruang legar utama ni.
Diploma tu untuk abah kau ajelah, kau ambik ijazah tu, abah dulu ' habis tak belajar'.
Sebaik selesai acara, kami terus ke sek7 untuk saorang sepinggan nasi Kabsah , nasi ala ala arab ni.
Kami bergerak berdua mengarah ke utara tepat pukul 8 malam dari Shah Alam dan hanya tiba di Sungai Petani sekitar 1130 malam. Itupun masih sempat ke restoran berhampiran untuk dibungkuskan makanan untuk anak anak asrama yang menalipon saya meminta dikirimkan makanan kerana, esoknya mereka sudah besedia untuk pulang ke Nilai.
Tak letih ke macam tu?
Latiff Hariri
1453 15052011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment