Bee Gees

Saturday, 8 February 2014

7 Hari di Sungai Petani

Kami bergerak tujuh orang sekereta sepertimana pada mulanya kami ke LCCT Isnin malam ynag lalu. Sesaorang kena pulang berasingan. 

Pergi bertujuh, pulang berlapan. Untung yang dua orang itu anak anak kecil yang boleh dipangku. Tapi, tetap
'sardin'lah.

Pada awalnya bersaingan dengan Abang Roslan, tapi berpisah di Hentian Minyak Petronas di hadapan F1 itu.

Memang mengantuk dan meletihkan. Setelah tiba di Butterworth sekitar pukul 5 petang, Fadhil sekeluarga bergerak ke Pulau Pinang, dan kami ke Jetty Butterowrth menunggu Izzuddin tiba dari Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Pagi Ahad, kutip durian dan pisang.

Petik Terung Pipit.

Ahad pagi 19 januari ni saya cuba penuhkan aktiviti supaya tiada rasa kebosanan untuk tetamu dari Kg Desa Air Kijang ini . Pangkat Makcik kepada saya, tetapi beza usia hanya lapan tahun. Jadi saya bahasaakan Kak Hasni sahaja. Ini pertamakali beliau menjejakkan kaku ke Malaysia.

Setiap malam kak Hasni membantu dengan melipat kain jemuran.

Selesai paginya sarapan dan ke kebun. Petangnya, kami ke Pulau Pinang. Kemana lagi yang boleh saya bawa kalau tidak ke Pulau Pinang atau Alor Setar. Kedah ni biasa biasa ajelah.

Menaiki feri ke Pulau Pinang.

Di Balik Pulau tengok Faiqah.

Di atas Bukit Bendera.

Pulang ke SP melalui jambatan Pulau Pinang.


UiTM Merbok, Sungai Petani. 15 minit pemanduan. 

Tanjung Dawai.

Kak Hasni meminta satu rakaman foto di sawah terbentang, mungkin Kak Hasni rasa unik bendang Malaysia ni sebab diatas tanah luas mata menadang, tidak seperti di Bukit Tinggi yang bertingkat tingkat diatas gunung.

Sebenarnya , bukan mudah untuk saya penuhi setiap tetamu yang datang sendirian ke rumah saya ini. Kalau datang ada yang menemaninya mudah lah. 

Jadi sepanjang seminggu Kak Hasni dirumah kami ni, hanya ini lokasi yang dapat saya bawakan.

Jumaat malam, 24 haribulan, sebaik selesai kerja di pejabat, kami bergerak ke Kuala Lumpur.

1130 malam di depan Menara Petronas.

Malam ini kami bermalam di Ampang. Rumah kakak sulong saya.

Sabtu pagi bergerak untuk bertandang kerumah sanak saudara yang lain.

Ayah Kak Hasni ini namanya Pak Musik. Pangkat makcik pakcik saya yang menetap di Lenggeng amat mengenali ayah beliau. Saya sendiri tidak pasti bagaimana salasilah keluarga perhubungan Kak Hasni dengan saya, yang pasti merupakan dari satu rumpun jugaklah. Nenek Sariah.

Latiff Hariri
1608 08022014
Sungai Petani

No comments: