Bee Gees

Monday 10 February 2014

Ebiet G Ade Mai SP

Saya pernah bercerita tentang penyanyi ini, tentang siapa yang perkenalkan beliau sekitar tahun 1984 dahulu.

Waktu itu memang tak kenal langsung, dan tahu hanya lagu Camelia nyanyian Ramli Sirap....hehehe, saya suka sebut nama Ramli Sarip dari Sweet Charity ini dengan panggilan tersebut. Ramli Sarip berjaya membawa lagu tersebut begitu berjaya hingga akhirnya menenggelamkan nama penyanyi asal dan pemilik sebebar lagu itu.

Serenade - Pembuka lembaran 2014

Dunia  maya tanpa talian  ini sepatutnya memudahkan. Jadi bila saya punya ramai kenalan dari Nusantara, apa jua aktiviti harian mereka boleh saya ikuti sekelip mata. Terpampang sahaja allbum tersebut di MukaBuka salah saorang kenalan di Bandung, saya tidak berfikir panjang lagi, terus tempahan dibuat.

Perjalanan pos sekitar 5 hari sahaja sebaik bayaran dibuat. Kepercayaan dan keikhlasan perlu ada bila berurusan begini jauh.

Dikirim dengan PosLaju dari Jakarta.

Saya terima pada 21 haribulan, dan hanya dapat melihat kirimannya pada 22 haribulan, kerana saya bekerja diluar kawasan semalaman. Tak masuk pejabat langsung.

Wajah bangga saorang peminat Ebiet.

Petang 22 haribulan tu, mini compo saya buat sekian kalinya, bergema maksimum hingga memacah kesunyian senja. Alah, musik Ebiet ni bukan metal pun, sentimental petikan gitar dan piano sahaja.

Terima Kasih Yani Handayani di Bandung.

Latiff Hariri
1548 09022014
Sungai Petani

No comments: