Bee Gees

Saturday 22 February 2014

Maghrib di Masjid Bandar, Tawau

Mengelilingi Masjid ini, perhati dari arah Hotel inapan kami ni, saya terasa ada yang ,menarik dengan Masjid ini. 

Selesai berbelanja di Pasar Gantung sekitar 530 petang itu, saya terus berehat dan mandi. Pasang niat nak berMaghrib di Masjid ini.

Azan bergema, saya pun melangkah pergi.


Nampak dari Hotel ini sungguh nyaman pemandaangan Masjid kecil ini. Saya belum tahu namanya .

Sebaik memasuki kawasan Masjid saya melangkah perlahan ke ruang Wuduk. 

Tiba tiba Bilal terus Qamat, sebaik Azan berakhir tanpa ada putusnya, bersambungan.

Kelam kabut saya berWuduk, tetapi sempurnalah. Memasuki Saf ketujuh sebaik Imam selesai AlFatihah.


Doa selepas Solat.

Selesai, saya teerus toleh ke Saf belakang saya, ternyata ada lagi 6 atau 7 barisan penuh. Bermakna.....saya mula mengira Saf Saf hadapan, dan dibelakang yang penuh. Satu Saf boleh dipenuhi lebih 50 jemaah....bla bla bla, kali darab purata.

Wow, lebih 500 jemaah Solat maghrib di Masjid comel ini.

Tazkirah Maghrib bermula 10 minit sebaik selesai doa.

Saya ikuti sebahagia Tazkirah, dan bangkit meninggalkan ruang Solat menuju ke belakang ruang Masjid, mencari cari Batu Tanda, nama penuh Masjid ini.

Tiada. Diruang dewan belakang masjid, saya anggarkan lebih 2000 jemaah boleh penuhkan dalam satu masa.

Terus menuju ke tapak letak selipar saya, dan saya terperasan akan sesaorang yang gelap kilitnya sedang bertasbih sambil di sapa warga yang keluar masuk.

Saya terus memberi salam, dan bersalaman. Saya agak beliau salah saorang AJK Masjid ini, kerana setiap yang keluar masuk pasti bersalaman dengan beliau dan bertanya khabar.

" Bang, apa kah namanya Masjid ini?"

"Masjid Bandar', jawab beliau sambil tersenyum .

Kata kaata pujian saya berikan kerana teratur dan bersih sekali Masjid ini dijaga. Beliau tidak nafikan , kerana ramai dermawan yang aktif serta AJK yang tak pernah duduk diam.

"Abang asal sini ke?" Saya teruskan bersoalan kerana ternyata abang ini peramah. Telo percakapannya pun Bahasa Baku, tiada telo India atau mamak. Sebab saya pasti beliau adalah soarang yang berketurunan India.

" Saya orang Bagan Serai.' Beliau memberi penjelasan. Saya bukan Islam sebelum ni.....abang saya P Patto."

Secara pantas saya menjawab, " Nama P Patto terpampang di jalan raya belakang pejabat saya"

"Oh ya ke?!" Beliau tak menyangka agaknya.

Lalu sejarah silam diukir semula. Memeluk Islam pada tahun 1971. Saya katakan bukan kategori Mualaf lagi, bahkan anak anak kelahiran Islam pun tak sehebat Pak Sheikh. 

Namanya Hj Hussain . Sudah menetap di Tawau berpuluh tahun sebaik beliau pencen . Kini umurnya 66 tahun. Anak buah beliau iaitu anak kepada P Patto , merupakan  ADUN Batu Kawan.

Saya terfikir, walaupun mereka bukan Islam, tetapi perjuangan mereka untuk keadilan sosial begitu tinggi. 

Syukur Hj Hussain memeluk Islam, tapi , budaya ayah mereka yang aktif bersosial dan membantu masyarakat diteruskan.

Hj Hussain bersama kenalan beliau yang berusia 81 tahun. Saorang bekas tentera, dan menyebut dengan jelas CO Kem Kamunting era beliau , Ismail Ghouse. Kecilnya Malaysia ini.

Saya terlupa namanya kenalan beliau. Tapi, guru beliau dahulu adalah Tun Ghafar Baba. Beliau juga memasuki Upsi, tetapi putus tengah jalan, kerana lebih berminat dalam bidang ketenteraan.

Tiga kali saya bersalaman dengan Hj Hussain. Tak dapat jumpa mendiang P Patto, dapat adiknya, lagi Barakah!!

Latiff Hariri
1948 20022014
Sungai Petani

No comments: