Bee Gees

Friday 28 February 2014

Dua Mazlan Serentak

Saya hanya ingat saorang Mazlan sahaja. Duduk Kamunting, sekitar Pusat Tahanan ISA itu. tapi nama penuhnya ingat ingat lupa.

MAZLAN BABA

Mazlan, binnya apa ya. Dah 50 pun. Jadi,saya korek sumber yang termudah, maka keluarlah nama ini, Mazlan bin Baba. Hmmm, nama ni pun macam tidak asing, pernah dengar, tapi, dia Mazlan yang Kemunting itukah?

Semua ini telah saya perolehi, dan talian hayat terakhir saya gunakan....Talipon.

" Ya, Saya Mazlan Baba, tapi saya orang Melaka'.

Jawapan yang pendek itu membantutkan usaha saya, dengan ucapan terima kasih saya letakkan ganggang talipon saya. Ini kisahnya semasa pencarian mini Re-U di Bukit Jana Resort 2011  yang lalu. 

Mazlan yang duduk Kamunting itu saya tahu, bekerja di Majlis Perbandaran Kelang. Saya pernah berhubung dengan beliau sewaktu saya menjadi pemastautin tetap di Shah Alam 17 tahun yang lalu.

Mazlan Baba.

Ini usaha yang saya lakukan sekali lagi untuk pengesahan dari Mazlan Baba bahawa beliau pernah belajar di sekolah yang sama dengan saya. 

Tahun 2014 ini saya hubungi lagi orang yang sama. Dan beliau masih akui , bahawa beliau orang Melaka. Saya memohon maaf, dan memberitahu beliau bahawa saya sedang mencari rakan rakan sekolah di Taiping yang mempunyai nama yang seakan akan beliau.

"Memang saya bersekolah di Perak dahulu." Itu pun jawapan yang memastikan beliau bukan orang yang saya cari, kerana saya mencari rakan Taiping.

' Ya, saya sekolah di King Edward", akhirnya. Aduh, kenapa Mazlan oi, hahahaha.

Bila nama kelas beliau disahkan, saya memutar memori silam saya, akhirnya saya boleh bayangkan dengan siapa saya berbual sebentar tadi. Album lama saya geledah. 

Engkau duduk asrama ya Mazlan, Tunggu sat.

Barisan kedua, no 5 dari kiri. Saya boleh ingat nama dan wajah beliau.

Lalu saya poskan sekeping foto ini kepada beliau, ish, beliau tak boleh nak sahkan, kecuali ingat yang beliau pakai tie waktu itu!!

Mazlan yang tengah itu.

Katanya, belian mantan kakitangan UiTM Shah Alam, dan pernah berjumpa Zainal Abidin dan Dollah yang juga merupakan kakitangan UiTM.

MAZLAN ABD GANY

Seterusnya , saya mencari Mazlan Abd Gany. Waktu saya menetap di Shah Alam, saya sering ke Pasar Sek 7 itu setiap minggu. Ada gerai sayur, yang pemiliknya mirip mirip wajah rakan saya ni. Saya rasa aje lah, ini mesti abang kepada Mazlan.

Saya beli sayur sejenis dan terus membayar, sambil bertanya, "Abang ni orang Taiping ke?'

Ya, itu jawapan beliau, Kamunting katanya.

"Abang ada adik nama Mazlan kan?'

"Dia duk kelang, kerja Majlis , Pegawai Kesihatan."

Saya diberi nombor talian talipon dan saya hubungi beliau, ternyata, beliau masih mengingati saya.

Terima Kasih Lan. Kedua dua Lan...hahaha

Mazlan Abd Gany.

Itu kisah berbelas tahun yang lalu sewaktu saya menetap di Sek 4 Shah Alam. Bila handphone sering bertukar, saya kehilangan nombor beliau. Tapi, tak jadi masaalah, kerana pasti, beliau tak akan kemana.

2014 ini saya talipon lagi di Pejabat beliau. Walaupun beliau sering sibuk dan tiada dalam Pejabat, tapi, suatu pagi tu saya terima panggilan dari beliau.

Kalau nak tahu, Mazlan ini asalnya KE2, masa Tingkatan 2A4 kami sekelas hingga Tingkatan 3. Beliau berpenyakit Asma waktu itu dan sering pulang awal bila penyakit menyerang. Dan pasti ada rakan yang tawar diri untuk keluar dari kelas, mengiriingi beliau pulang ke stesen bas Taiping, antaranya, arwah Marzuki Latiff.

"Tip, mana aku nak lupa engkau, engkau sorang je yang rajin cari aku."

La, nak ambil hati aku tu Lan, hahaha. 

Saya gembira bila ada kawan kawan yang begini , masih berbudi bila dihubungi. Walaupun saya seketika sahaja bersama beliau, ingatan dan kata kata penghargaan membuat hati saya terharu.

Kedua dua Mazlan diatas ini merupakan rakan sekelas di Tingkatan 5A1. Dan bila saya satukan mereka berdua melalui nombor talipon, katanya, kedua dua pun 'blur', ni Mazlan yang mana ya?

Hahaha, pandai pandailah korang mengungkit kisah silam supaya memori terungkai.

Latiff Hariri
1858 25022014
Sungai Petani

No comments: