Bee Gees

Monday, 24 February 2014

Tawau Semporna Sandakan

Saya tahu semua keletihan. Saya pun bukannya muda lagi.

Bangun pagi ini, saya sendirian bersama keluarga, tidak mahu mengganggu Abang Baco sekeluarga. Kami bergerak dengan berjalan kaki ke Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Manalah tahu kalau kalau terjumpa sesuatu yang baru, sekadar nak penuhi sisa sisa waktu di Tawau ini.

Separuh perjalanan, saya pulang ke Hotel untuk memandu kereta saya, dan mengambil kesemua dihadapan Pasar Tanjung Tawau itu.

Kami berkeputusan untuk keliling Kota Tawau.

Pulau Sebatik dilatar

Tak sempat nak mengelilingi Bandar Tawau ni pun, sebaik selesai berfoto, talipon saya bergetar, masuk panggilan dari Abang Bacho.

Mereka dah bangun rupanya mencari cari kami yang menghilang dari perkarangan Hotel.

Terus kami pulang, dan persetujuan tercapai untuk sarapan di Restoran Seri Keningau berdekatan, tetapi harus dengan pemanduan kereta..


Ya, antara Restoran terbaik di Sabah.

Kenapa saya katakan Sabah, kerana Restoran ini punya cawangan di Kota Kinabalu.

Pulang untuk bersiap . Itu pun setelah ditegur, kerana saya dan Abang Bacho asyik berborak hinggakan terlupa bahwa perjalanan pulang yang bakal ditempuhi masih jauh.

Ini Hotel kami untuk satu malam. Harganya teramat patut untuk kami dua keluarga.

Sekitar pukul 11 pagi kami bergerak meniggalkan Tawau, mengahala ke Semporna.

Pusingan untuk ke Semporna dan Lahad Datu/Sandakan.

Kami memasuki Pekan Semporna bila jam hampir mencecah pukul 1230 tengahari. Pemanduan perlahan kerana terlalu banyak kenderaan berat dan hujan lebat.

Di Pekan Semporna pun hujan lebat. Rancangan saya untuk mundar mandir di tapar pasar Pekan Semporna terpaksa saya batalkan. Kami parkir kereta di hadapan Dragon Inn Resort  sahaja, dan melihat suasana Resort ini sekitar 40 minit menantikan hujan agar berhenti.



Lepak ajelah...., hujan lebat

Sabah basah ....

Cuaca yang basah ini, tidak boleh dilayan sangat. Walaupun hujan berlarutan, kami redah jugak untuk perjalanan pulang ke Sandakan. jadi tiadalah berbelanja di Pekan Semporna ini. Saya dah berkali kali dah ke Semporna, tiada yang ralat tak dapat membelinya.


Melihat ketam yang tersimpan didalam jaring, khas untuk pengunjung Restoran Dragon Inn.

Perjalanan sepanjang jalan diiringi hujan. Tiada masaalah bagi kami yang berkonvoi ini. Sabaik menhampiri  Jambatan Sungai Kinabatangan ini, saya biarkan Abang Bacho memintas supaya mudah beliau menunjuk lokasi sebenar kedai/gerai yang menjual makanan eksotik itu.

Saya tahu satu lokasi yang terletak disebelah kiri jambatan, tetapi Abang Bacho mencadangkan yang sebelah kanan, kerana lebih banyak pilihannya. Dalam hujan lebat itu kami berdua berlari lari anak menuju ke gerai tersebut. Dan jumpalah yang ini didalam peti sejuknya.

Ikan Selonsong . Ini spesis ikan laut, tatapi bila banjir besar melanda Sungai Kinanbatangan, ia akan mudik ke hulu sungai. Harganya RM18 sekilogram. Saya ambil seekor pada harga RM53.00 . Tiada niat pun untuk membawa pulang ke Semenajung, lebih kepada untuk Aqilah dan Abang Bacho.

Terdapat banyak ikan Patin dan ikan sungai yang lain. Saya bertanyakan Udang Galah, sayangnya tiada.

Memasuki persimpangan Pekan Check Point sekitar 530 petang. Kami berhenti seketika untuk minum petang. Saya terasa lapar mungkin kerana sarapan pagi saya yang agak minimum.

Restoran Santa

Kami berpisah disini sebaik mengisi penuh minyak kereta di Stesen Petronas. Saya berkeputusan untuk menyelesaikan kesemua hutang denganNya disini sebelum memulakam perjalanan sejauh 50km lagi, untuk sampai ke Bandar Sandakan.

Memang meletihkan. Baru tahu mengapa arwah Bapa saya pada usia 48 tahun itu lebih memerap didalam rumah dari bersiar siar. Memang semput.

Malam itu, hujan masih tak mahu berhenti, untung simpanan makanan basah penuh didalam peti sejuk. Jadi, kami sekeluarga ni berpesta udang goreng kunyit dan sembilang goreng sambal ajelah.

930 malam saya dah hilang........ 

930 malam di Sandakan seolah olah 1040 malam di Semenanjung tau, sudah ,melepasi had.

Latiff Hariri
1818 24022104
Sungai Petani 

No comments: