Bee Gees

Wednesday 26 February 2014

Azhar Shaharuddin

Nama dia tak pernah padam dari ingatan saya. 

Saya mula mengenali beliau ketika Darjah 6 di King Edward VII-1 Taiping. Beliau berpindah dari Kuala Lumpur mengikuti ayah beliau yang bertugas sebagai Tentera ketika itu.

Satu perkara yang saya ingat tentang beliau ialah perkataan Danero Line. Ketika itu kami anak anak SR suka menyakat sesama rakan rakan ini dengan ungkapan yang pelik pelik. Azhar menginap di kuarters Tentera di Kem Kamunting. Rumah beliau terletak di Danero Line.

Lagi satu, beliau pakar badminton, dan pernah menjadi naib juara beregu antara Sekolah Rendah Negeri Perak 1976. Terkejut beliau bila saya khabarkan bahawa pasangan beliau Marzuki Latiff sudah pergi buat selamanya. 

Marzuki dan Azhar merupakan jiran berdekatan rumah waktu mereka menetap di Simpang, Taiping.

Kami sama sama memasuki Sekolah Menangah King Edward untuk sesi tingkatan 1 hingga 3, pabila beliau berjaya memasuki Royal Military College. Saya hanya bersama beliau pada Tingkatan 1A3, dan kami berpisah kelas bila memasuki Tingkatan 2 dan 3.


Azhar Shaharuddin.

Dia ni low profile didalam kelas. Tetapi bijak dan geliga. Tahun 1980 sekurang kurangnya 6 pelajar King Edward memasuki RMC. Katanya Azhar, pentadbiran RMC amat teruja dengan team Rugby KE yang berjaya menumpaskan mereka setiap tahun, jadi mereka curi 6 pelajar sekali gus.

Saya tidak perlu cerita bagaimana saya berjaya menjejaki beliau. Ternyata beliau amat menghargai persahabatan kami yang kini sudah mencecah 38 tahun itu. Saya akui, wataknya yang lembut memudahkan saya untuk merapati beliau, dan satu perjanjian dibuat supaya kami dapat bersua.

Kami sampai dahulu dilokasi yang dikjanjikan, walau pun terlewat 15 minit.Kerana tiada kelibat beliau, jadi saya dan rakan yang saorang lagi ini berpecahlah. Didalam restoran itu, memang ada wajah wajah yang tidak asing ketika kami menetap di daerah kesayangan kami ini.

Saya yang memerhati dari jauh ini perasan sesaorang yang bertopi memasuki lokasi, Saya pasti itu adalah dia.

Sedangkan dia juga perhatikan orang keliling dan mengesyaki , " Latiff ni pasang spy ni, ramai yang familiar duduk di restoran ini"

Jangan tanya saya kenapa Azhar bertopi, sendiri mesti tau.

Badrul yang mula mula menghampiri Azhar. Badrul mudah dikenali kerana tiada perubahan wajah, selain fizikal.

Saya memasuki resoran sebaik mereka duduk berbual. dan bersalaman buat pertama kali selepas 35 tahun. Saya katakan 35 tahun, kerana saya pernah berjumpa Azhar diwaktu beliau pulang Semester Break dari US sekitar tahun 1986, kalau tak silap saya.

Di rumah Azhar.

Kami tidak lama  di restoran tersebut, kerana keadaan kesihatan Azhar tidak mengizinkan. Perbualan kami bersambung didalam kereta Azhar untuk pulang kerumah beliau. Badrul mengekori dibelakang.

Kini beliau jurulatih Tennis, badminton sesekali sahaja.

Azhar lebih berminat untuk mendekati rakan rakan OE . Katanya , bebudak KE ni lebih senang diajak berbual dari yang lain. Keadaan kesihatan beliau masih terkawal dan doa saya perlukan dari rakan rakan agar beliau bisa melepasi dugaan dariNya ini dengan penuh keinsafan.

Kepada rakan rakan OE, In Sya Allah, Azhar senang untuk bertemu dengan anda semua, tetapi sebaiknya bersua muka dari berhubung melalui talipon. 

Maaf, kalau ada yang dari RMC mengenali beliau, tak kiralah Senior,Junior atau seangkatan....., beliau tidak berminat.

Kami berpisah lewat petang. Ternyata, tergenang air mata beliau bila kami berpelukan petang itu.

"Tip, kau lah satu satunya kawan KE yang rajin mencari aku, sejak dari aku balik dari US hingga kini, manalah aku nak lupa kat kau."

Itu kata kata akhir beliau.

Latiff Hariri
1708 24020214
Sungai Petani

No comments: