Bee Gees

Wednesday, 12 February 2014

Cuti Tahun Baru Cina 2014

Sepanjang hujung minggu terakhir bulan pertama 2014 ini, memang saya tak menang tangan. Terlalu banyak jemputan perkahwinan yang saya terima. Yang jauh itu saya mohon maaf sahajalah. Memang tak dapat nak penuhi.

Saya ingat akan jemputan dari Maksu saya di Seremban 2. Saya tak lupa jemputan dari rakan SMDA saya untuk perkahwinan anak keduanya.

Saya hanya penuhi jemputan di Sungai Petani dan Pulau Pinang sahaja sempena cuti Tahun Baru Cina ini.


Sarapan kami di tempat biasa pagi Sabtu itu.

Jemputan di Merbok, Sungai Petani

Jemputan di Taman Sejati Indah, Sungai Petani.

Dah sebulan berlalu .  Dan dah sebulan rasanya musim kemarau. Saya memang lupakan terus aktiviti berkebun ini. Lebih kepada memetik apa yang ada untuk dijual. Hasil jatuh mendadak hingga tinggal tak sampai 10 peratus dari purata juala bulanan.


Izzuddin membersihkan daun kering pohonan tebu.

Dan , sesuatu yang saya cuba elakkan berlaku lagi di kebun saya ini. Bermula dari tahun 1994. Diikuti pada tahun 2002 dan seterusnya pada tahun ini 2014.

Jiran bersebelahan kebun saya , juga tuan tanah yang sama sejak 1994, cuma bezanya kali ini penyewa beliau, untuk kali ketiganya menceroboh tanah saya tanpa meminta izin.

Anda pun tahu lah apa hak saya sebagai pemilik, dan apa hak anda sebagai penyewa mahupun pemilik tanah tol tidak bergeran itu. 

Jangan sampai saya bawa perkara ini ke Mahkamah ya!



Dia clear tanah saya tanpa minta izin, dia siap pacang kayu tanda seolah olah dia Pejabat Tanah!

Kisahnya.... kena maki free lah dari saya pagi Sabtu itu!

Latiff Hariri
2028 12022014
Sungai Petani

No comments: