Bee Gees

Thursday, 5 May 2011

V for Victory!!

Bila saya keluar dari dewan, ternyata suasana hinggar binggar dengan bualan dan gelak ketawa. Mereka ni, tak nak berpisah sebenarnya!!

Terus saya dan Badrul susunkan kerusi untuk sesi fotografi. Memang seronok walaupun sudah menghampiri Maghrib.


V for Victory

Foto kejayaan petang 1 Mei dengan kehadiran sebenar OE 81 berjumlah 32, OE79 1, bonda dan abang Zainul, serta anak anakanda kami yang saya kira berjumlah 5 orang. Jumlahnya 40..

Yang tiada dalam foto ini Roslan Wahab dan Zul Rahim , mereka pulang dahulu.



Aik, masih nak bersembang?


Satu kenangan bersama Bonda Shamsudiar ....wakil kepada Allahyarham Zainal Azmi

Ok, semua dah mula bersalaman untuk kali yang keberapa agaknya....

Bonda Shamsudiar masih tak habis habis mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya cukup terharu.....sepatutnya saya yang ucapkan terima kasih kepada Bonda. Bonda ingatkan saya, supaya sering sering bertandang ke Batu Kurau menjengok beliau.

Insyaallah..... dalam masa terdekat ini sudah pasti.... bersama rakan rakan yang sudi menziarahi pusara Zainal Azmi...tunggu ya Bonda.

Sama sepadan..... dua dua awet muda. Itu istimewanya bila ukuran badan molek

Seakan akannya, semua tak mahu berpisah

Sedang rakan rakan bersalaman sesama mereka , saya dan kesemua AJK terus memasuki dewan untuk menjelaskan bil kepada pehak Resort.

Wang kutipan amal jariah yang dikumpul serta baki RM20.00 dari pungutan sebenar Hi-Tea , disatukan.... ternyata jumlah melebihi RM2500.00 . Sedangkan Pak Lan sudah sahkan , ada yang terus mengirim wang ke akaun beliau. Besarnya hati saya melihat semua ini.

Biasalah begini setiap kali diakhir pertemuan. Sumbangan Jariah yang tekumpul harus dikira dan direkodkan. Sebenarnya, kami pun dah 'lost count' siapa 'siapa' yang sudah membayar untuk majlis Hi-tea ini, yang kami kenakan RM50.00 setiap yang hadir. Diakhirnya, bil yang dikenakan hanya berjumlah RM1,050.00 , sedangkan wang lebihan yang terkumpul melebihi RM800.00 dan dicampur sumbangan ikhlas untuk balu/waris serta derma Surau yang jumlah terakhirnya setakat senja ini ialah RM2,551.00

Disaat saya melepasi Bukit Merah, Bendahari masih berSMS dengan saya mengatakan masih ada yang mnengirim RM lewat akaun Maybank beliau, serta masih ada yang berderma di Majlis Makan Malam yang sedang berlangsung di Asrama King Edward.

Saya amat bangga bercampur terharu!!!! Itu baru kehadiran lebih kurang 32 orang!

Dah habis sesi fotografi pun mereka masih berpelukan dan tak mahu berganjak! Dah maghrib dah tu wei...... Cara Din dan Zamri berjalan berdua ni...saya teringat masa darjah 1-6 dahulu dimana....berjalan seperti ini sesama rakan adalah perkara biasa waktu rehat atau ditengah padang.

Bodyguard Malek memerhati ayahnya 'bayar hutang' agaknya, dengan Suzaili tu. Hehehe.

Akhirnya saya dapat berimamkan Hashim solat maghrib senja ini. Syukur, masih berkesempatan. Kira sendat jugaklah surau Resort ni.

Dalam gerimis kami bergerak. Saya singgah sebentar ke Sri Kota untuk bertemu Emak dan adik saya Fazdhil, sebelum kami bergerak ke PLUS lewat Simpang Empat.

Saya berkira akan tiba Sungai Petani sekitar 1030 malam, tapi dalam duk rancak berbual dengan Azmi tentang kenangan manis ini, sedar sedar dah memasuki Tol Juru sekitar 935 malam. Maknanya saya boleh sampai Sungai Petani sekitar 1010malam.

Apa yang saya suka, Azmi sudah luahkan perasaan gembira beliau , dapat bertemu dengan kesemua rakan rakan selepas lebih 30 tahun berpisah.

Saya tinggalkan Azmi dirumahnya sekitar 1005 malam, dan hanya tiba dirumah sekitar 1030 malam, selepas selesai makan malam bersama Izzuddin.

Tak boleh tidurlah malam ni!

Latiff Hariri
2035 04052010
Sungai Petani

(Saya siarkan kisah ini sekitar 1005 malam Jumaat ini. Waktu ini tengah dinner dengan anak anak dan rakan sekolah rendah/menengah dari SRJK/SMDA di Kuala Lumpur)

1 comment:

lematin said...

keep it up!