Pagi Rabu tu dah 4 Ramadhan bersamaan dengan 2 Julai 2014. Saya bekerja seperti biasa, tapi hati dah melonjak lonjak, tak sabar nak menanti hari keramat itu.
Sempatkah saya mencapainya?
Sekitar 1140 pagi panggilan masuk, dari kakak saya.
"Assalamualaikum Boy, nak beritahu kamu ni, pakcik Ya dah tak ada...."
Hanya Innallillahhiwainnahirojiun yang dapat saya ucapkan.
Ringkas dan pendek. Katanya akan dikebumikan selepas Asar hari yang sama.
Saya mula memikirkan samaada mahu sendirian atau sekeluarga. Bertanyakan adik saya Fadhil di Balik Pulau. Beliau pun kela kabut tengah uruskan percutian isterinya , dan urusan anak anak.
Akhirnya, saya pulang dahulu ke rumah sekitar pukul tengahari, dan bergerak semula dari Sungai Petani pukul 2 tepat.
Pemanduan yang laju, dan saya memasuki Bandar Bidor pukul 415 petang.
Sempat ke rumah Shirman, anak pakcik Ya. Jenazah sudah siap dimandi dan dikapankan.
10 minit sebeleum asar, ke Masjid Bandar Bidor.
Salah saorang anak Pak Ismail, pakcik Ya's best fren/relative. Saya agak belah Tok Bab.
Selesai solat jenazah sekitar 530 dan kami bergerak ke tanah perkuburan yang terletak kira kira 10 km dari Bandar Bidor, Tanah Perkuburan Ladang Bikam.
Antara sanak saudara rakan taulan yang mengiring Arwah Pak cik Ya.
Tahlil oleh Imam Masjid Bidor.
Saya diberitakan bahawa Pakcik Ya sudah berpesan kepada Imam, bahawa kubur pilihan beliau terletak di Jalan Slim River-Bidor, dan mahu yang berhampiran jalan besar. Hasratnya tercapai bila Imam memberi laluan untuk beliau.
Kereta yang mengiringi Jenazah melebihi 20 buah.
Selesai talkin sekitar 630 petang. Saya sempat menatap kali terakhir wajah PakcikYa , ternyata ketenangan dan senyum manis terukir, walaupun saya lihat dari sis jenazah yang di merengkan mengadap Kiblat.
Shirman, Ku Wan dan Zainis.
Anak anak dan cucu cucu Hariri.
Petang 2 Julai ini juga, buat pertamakalinya kami dapat berjumpa dengan kedua dua anak Pakcik Ya.
Semoga Pakcik Ya aman di Sana.
Kenangan dengan Pakcik Ya ni, masa saya darjah 2 beliau pernah datang dan menghadiahkan 'basikal lipat' untuk saya dan abang saya bagi memudahkan kami bergerak terutamanya ke Sekolah. Waktu itu memanh gah , kami satu satunya budak Lenggong yang ada basikal itu.
Semuanya sebagai hadiah kecemerlangan kami dalam bidang akademik ketika itu.
Bila berpindah ke Taiping, dan kami menetap di Aulong, Pakcik Ya yang masih bujuang ketika itu turut duduk serumah dengan kami. Sifat penyayang Bapak, yang tahu akan nasib adiknya itu, mempelawa Pakcik Ya duduk bersama. Semasa di rumah sewa Kampung Baru Aulong tu, Pakcik Ya hanya tidur diruang tamu sahaja, tersorok dengan almari pinggan mangkuk emak, hahaha.
Bila Bapak dapat kuarters kerajaan di dalam Balai Polis Aulong itu, Pak cik duduk seketika dengan kami, rumah itu ada 4 bilik, jadi saya dan Rahman berkongsi bilik dengan Pakcik Ya, yang saya ingat sering pulang kerumahnya, lewat malam.
Pakcik Ya ini penyanyi Band Kilat dari Lembaga Letrik Negara. Jadi, malam malam dia perg jamming lah!
Ada satu ketika bila Bapak aktif bertabligh, Pakcik Ya mula 'slow' dengan aktiviti jamming beliau., sebab terikut sama ke masjid Hanafi tu.
Pakcik Ya bernikah ketika usia saya 10 atau 12 tahun, dan kemudiannya menetap di kuarters LLN .
Emak kata , suara Pakcik Ya mirip Sam Saimun
Pernah satu malam tu, Bapak bawa kami bersiar siar dengan kereta Morris Minor keliling Bandar Taiping, terus menuju ke Taman Tasik Taiping. Bila pulang, kita kena lewati Pejabat Daerah dan Tanah Taiping, dan Bapak sengaja perlahankan kereta dan kami pun memanjangkan leher menoleh ke kiri jalan, bersebelahan Kwang Tung Association tu, untuk melihat Kelab Kilat, dan ternyata,
" Haa, itu Pakcik Ya, dia tengah menyanyi...", kata salah saorang dari kami.
Ya, baru saya pasti yang pakcik Ya ni betul betul menyanyi dengan Band Kilat. Selama ini saya hanya melihat foto beliau beraksi sahaja!
29 Mei 2014 sempena lawatan Pak Lang dari Sydney, merupakan hari terakhir saya memeluk kesemua pakcik makcik saya ini. Tiada dalam 'skrip' bahawa ini adalah hari ke 35 akhir untuk hidupnya.......
Al Fatihah untuk pakcik Ya.
Terima kasih Pakcik Ya, kenangan sngkat , belum pun sempat usia saya mencecah 50.....Amin.
Untuk kisah selanjutnya, boleh share cerita RahmanHariri disini
Latiff Hariri
1808 12072014
Sungai Perani
No comments:
Post a Comment