Bee Gees

Sunday, 20 July 2014

Iftar 4 Hariri Brothers

Semoga Pak cik Ya aman disana.

Saya  rancangkan untuk berbuka puasa di Taiping malam itu. 

Sebaik selesai pengebumian pakcik saya itu, saya warwarkan kepada kakak abang saya, bahawa saya mahu terus pulang. Tetapi adik saya menghalang, katanya tempat sudah ditempah di Felda Trolak untuk Iftar anak anak Hariri sekeluarga.

Tak kan saya nak menolak lagi. Makan percuma tu!


Kami 4 brothers berkonvoi , bukan senang nak dapat suasana begini bila sesekali bersua.

Akmal dikiri, sementara keempat empat pakciknya Old Edwardian tu!! Felda Trolak

Malam ni adalah malam pertama Felda Residency mengadakan majlis Iftar secara percuma, jadi kami langkah kananlah ni.

Pasangan kami, kecuali Fadhil yang datang bujang.

Anak anak Rashi dan Rahman

Buffet....memamg mewah lagi meriah.

Sepupu bertemu.

Kami disini sehingga selesai solat Isyak.

Bergerak pulang. Saya dan Fadhl dua kereta ke Penang, sedangkan Rahman dan Rashi ke Kuala Lumpur.

Hari duka atas pemergian Pakcik Ya, kami berpeluang duduk semeja, tak pun  dua meja beriftar bersama, terakhir rasanya 3-4 tahun sebelum pemergian emak.

Paling saya ingat makan ramai ramai di Impiana Cherating, percutian keluarga terakhir dengan emak tu, dapat duduk semeja.

Kat SP melepasi jam 12 malam.

Latiff Hariri
1728 20072014
Sungai Petani

No comments: