Bee Gees

Tuesday, 15 July 2014

Malam Pertama Ramadhan

Senja sabtu memang dah bersedia untuk Ramadhan.

Jadi, malamnya , sebaik menghampiri Isyak, saya ke Masjid Al Amin. Ingin mencuba buat pertamakali, berhawa dingin sepenuhnya Masjid ini. 

Memang Nyaman. 8 unit 3.5 hp penghawa dingin Jenama York.


Awal lagi.....belum Isyak.

Sebaik bermulanya Isyak, sesak masjid ini dengan Jemaah. Syukur, malam pertama ini penuh saf Masjid!!

Sebaik selesai tarawih ke 8, tinggal setengah dewan masjid, yang lain menghilangkan diri, hahaha.

Kami antara yang menghilangkan diri , kami yang kununnya akan berpuasa esok, memenuhi ruang restoran berhampiran untuk sesi teh tarik.

Restoran pun penuh! Belum puasa lagi tu!

Akhirnya kami bersahur seawal jam 11 malam di TTI 

Malam ni hidangannya pulut serawa durian dan durian mentah hasil kebun saya.

Esok puasa, durian orang tak pandang dah, semua nak nasi.

Jadi inilah ceritanya dimalam pertama Ramadhan AlMubarrak. Pesta makannya yang lebih.

Dan saya sudah sediakan juadah untuk anak saya di Sandakan itu, sempena Ramadhan .

Rabcangannya mahu courierkan aje.

Sambal ikan bili berkacang....resipi emak saya, style Minang.

Ini pulak gelagat anak anak Tahfiz menungga Isyak dan tarawih setiap Ramadhan.

Mereka duduk berkumpulan, dan menyakat sesama mereka.

Selamat Bertarawih malam ke 18

Latiff Hariri
1928 12072014
Sungai Petani

No comments: