Bee Gees

Saturday, 19 July 2014

Simpanan 32 Tahun

Akhirnya , hari yang dinanti nanti pun berkunjung tiba.

Syukur kerana Dia memberikan nafas kepada saya hingga kesaat ini. Jika saya kenangkan suatu ketika dahulu, sebaik pemergian Bapak pada usia 48 tahun itu, hati saya sering berkata apakah usia saya boleh mencecah 48 tahun?



Yes, pengalaman kerja saya sudah melepasi 32 tahun.

Mulakan karier saya pada usia 17 tahun 362 hari, belum cukup 18 tahun.

Saya sudah merancangakan  ini, , lebih dari sebulan yang lalu. Rancangannya dengan kembar saya ini.
Pagi 4 Julai sebelum saya bergerak ke Dungun, Terengganu, saya akan ke Pejabat kembar saya ini untuk thumb print dekat borang itu.

Rancang punya rancang, rupanya tak perlu tunggu 4 Julai, awal dari tarikh itu pun mereka izinkan.

Apa lagi? Mencanaklah Hero ke Seberang Jaya mencari kembarnya.

YES, 49 tahun 364 plus plus saat dan minit. Tengok jari tu.

Jadi, katanya rakan kembar ini, paling cepat hari Selasa.

Oh, no hal pada saya, bukan desperate pun, hehehe.

Tapi, 4 Julai 1030malam, di PBB Kemaman, Terengganu, mau 'pingsan' saya dibuatnya, hahaha.

Terima kasih Allah, Terima Kasih EPF. Kerana memberi Nikmat pada usia 50 ini.

Latiff Hariri
1748 19072014
Sungai Petani

No comments: