Bee Gees

Wednesday 5 October 2011

Makan Malam di Sabang

Sekadar mencuci muka dan bersolat, kami keluar lagi. Kalau nak diikutkan, saya masih kekenyangan, tapi, kalau duduk dalam hotel aje, baik tak usah berjalan ke Jakarta, duduk di rumah pun sama aje.

Jadi, kami tahan teksi, hantar kami ke simpang Sabang. Tengok aktiviti malamnya. Tiadalah yang menarik selain gerai gerai makan disepanjang jalan.


Starbuck terletak di lantai bawah Hotel Formule1, tapi, saya tak minat....

Jalan Sabang waktu malam..

Malam minggu ni kadar tukaran ialah Rp2750, sedangkan petang Jumaat kelmarin Rp2800. Yang menariknya disini, pengurup wang beroperasi 24jam, jadi tak ada masaalah untuk tukar uangnya. Memang disini ramainya orang bule dan Nusantara.

Rumah Makan Saiyo - maksudnya seiya sekata, bahsa minangnya Saiyo.

Akhirnya saya memilih Warung Desa, sebab lebih selesa ber-a/c . (berhawa-dingin) dan lebih terjamin kebersihannya.

Malam ni Nasi Penyek, sup buntut dan telur dadar. Kenapa gelak pulak?! Sup ekor tu. Ish ish , kamu ni sih...

Yang mahelnya tempenya Pak, terung goreng, sambel dan tauhu. Power nasi Jowo ni!

Dah kenyang, sambung merayau lagi, nak masuk panggung wayang bersebelahan, saolah olah di Malaysia macam tak ada panggung pulak, jadi hanya mundar mandir ajelah.

Betul betul di simpangnya.

Nama Sudirman ni ada disetiap kota di Indonesia, salah saorang Jeneral dizaman Kemerdekaan Indonesia.

Cikini - Pusatnya seni. Dahulu di Cikini ramai terlahirnya ahli seni, mereka berkumpul disini. Lagu Si Jali Jali tu, liriknya ," Jali lah jali dari cikini sayang...." Inilah tempatnya.


Akhirnya saya mengalah, terlalu capek. Dan tak mahu menghampakan bujang dua beradek ni, akhirnya , saya membenarkan mereka berposing sakan, dan menaikinya untuk pulang ke hotel.


Senyum sampai ketelinga - macam Izzuddin naik masa umurnya 6 tahun dahulu, sengih memanjang.....

Dia main ciluk aje.. Tak sampai 10 minit kami dah di hotel semula. Harnya Rp10,000 aje, dlm RM3.40 .

Kami terus kesisi kiri hotel untuk menikmati muzik jalanan anak anak Jakarta.

Memang menarik muzik dan suara bebudak ni.




Saya biarkan mereka dibawah, sedangkan saya dah memasuki kamar. Nanti korang nak masuk hotel, nasiblah, mintalah tolong staff hotel ajelah.....


Latiff Hariri
2038 04102011
Sungai Petani

No comments: