Bee Gees

Wednesday, 12 October 2011

Makan/Santai Malam Terakhir

Kami minta taksi hantar kami terus ke daerah Sabang untuk acara makan malam.

Memang teramat lapar. Paginya hanya berbekal mee dan karipap segera, tengaharinya berbekalkan air teh botol, dan bermain seperti anak anak kecil di Dufan tu, hingga terlupa makannya! Bila sudah meninggalkan Dufan, baru teringat yang kami terlupa makan tengahari. Mahu tak mahu, harus diisi segera kekosongan ini.

Perjalanan dari Ancol mengambil masa 40 minit. Kami berada semula didaerah 'berselerak' ini. Yes, disini pusatnya bagi saya, sepertimana di Jln Tunku Abd Rahman tu, agaknya.

Terus memasuki RM Natrabu.

Mejanya untuk lapan orang, tetapi diisi 3 orang, jadi boleh berpesta makanan lah. Nak 'cover' lunch siang tadi.



Bukan hujan diluar, tapi air yang mengalir dicermin.

Boleh habis ni, ini belum penuh meja lagi ni.

Menu kegemaran kami malam ini, masak lomak pucuk ubi yang dihiris halus, ikan goreng nipis seperti keropok, tumit sapi masak lomak, ikan merah masak lomak, sambel hijo, otak, kerang dan hati bersambal kentang, sambal tumis udang dan banyak lagi lah.

Macam piranha jumpa daging!!

Bila bill sampai, jumlahnya Rp340,000. Mencecah RM130.00 .

Eh, mahal ke, kira saorang kena bayar RM35.00 , dan dibahagi dua sebab siang tak makan tengahari, baru RM17.50 sekali makan, eh sekali 'melantak' yang paling tepat! Hahaha.

Pada saya, harganya patut. Kalau makan nasi beriayani kat Restoran Insaf di Jalan Tunku Abdul Rahman tu pun, lauk kambing dan sayur yang ciput, serta air jusnya, dah mencecah RM17.00 jugak, tapi tak boleh tambah lauk dan nasinya.

Yang ini kami tambah 3 pinggan saorang, lauk yang habis ditambah lagi, memang sedap masakan minang ni.

Balik ke hotel, bebudak berdua ni masih tak mahu memerap dikamar, diajaknya saya berjalan mencari 'Uptown'. Uptown?

Saya akui saya kurang pasti, walaupun Rahman ada mencadangkan saya ke Roxy untuk sambung acara makan makan malam bersup kepala kambing disana. Tapi, saya agak keberatan bila taksi yang ditahan mengatakan tambangnya sekitar Rp60,000 dan perjalanan melebihi sejam kalau macetnya teruk.

Jadi malam tu saya memerap dikamar, sementara Zul dan Mokhtar sudah ke bawah untuk merayau sendirian.

Saya dan Major Firman Joni gagal bertemu jua akhirnya, semuanya kerana kami masih berada di Dufan, semasa Firman bertandang ke Menteng untuk bertemu kami. Dan kerana kesuntukan masa dimana Major Firman harus pulang ke Bogor, kalau tak silap, jadi begitu sajalah jadinya. Kecewa jugak, sudah berkali ke Jakarta, tapi masih gagal menemukan kami.

Sambil baring baring dikatil ini, terfikir jugak bebudak dua orang tu.Tak sampai hati pulak, sekitar pukul 9 lebih saya pun menyusul mencari mereka.

Sate padang. Ini lagi satu produk yang bagi saya 'jelek' rasanya bilapertamakali mencubanya, tapi lama lama jatuh cinta. Tak sehebat satay kajang tu, tapi, ok lah, ada kelainan. Kuah kacangnya membuat saya terbayang kuih custard kacang bikinan emak, mahupun isteri.

Latar belakangnya, Masjid Menteng. Senang untuk beribadat jika terasa hotel penginapan terlalu sempit, turun aje kedepan. Masjid ni siap berhawa dingin.

Pak Juragan dah turun sama berlepak, baru bebudak berdua ni berani panggil penyanyi jalanan menghibur hati gundah gulana, kerana.....esok dah nak balik.

Pemain gitar dan ceweknya ceria, boleh bernyanyi dan ada suara. Dua lagu saya beri Rp10,000 ditambah pemberian Zul dan Mokhtar, kira oklah pendapatan mereka dari kami bertiga malam ini.

Kami naik lena sekitar pukul 11 malam, kalau kat Malaysia dah pukul 00.00 malam ni.

Jadi kerja saya malam ni!!


Latiff Hariri
2001 08102011
Sungai Petani

No comments: