Bee Gees

Monday 3 October 2011

Taman Mini Indonesia(1)

Bila ke Indonesia , tak kiralah daerah mana pun. Saya sering menerima pesanan dari rakan rakan untuk membeli ole ole. Samaada ada kiriman ongkosnya, ataupun hanya kiriman 'air liur' sahaja. Hahaha . Yang mudah saya ingat, beli rokok keretek untuk rakan lelaki yang merokok, tak payah kirim RM pun, akan saya ole olekan.

Yang minta saya belikan pakaian, ikut nasib, adakalanya sudah dikirim RM sebelum berangkatpun, jika tidak ketemu barang yang mereka mahukan, tetap tangan kosong yang saya berikan kepada rakan rakan ni. Tiada masaalah bagi saya, kerana, saya pastikan beg pakaian saya hanya berbekalkan 1-2 t-shirt atau pagoda, kain solat dan seluar track. Yang lain lain beli sahaja nanti.

Acara ini kena lakukan sebaik mungkin, sebab ini ole ole untuk adik-adik dan emak /ayah kepada bebudak berdua ni. Saya biarkan aje mereka bebas sendirian di Tanah Abang ini. Walaupun saya ada rencana untuk ke Mangga Dua untuk bertukar angin, tapi, kalau dah ubah pusat membeli-belahnya, nanti bertambah kalut, sebab mata semakin rambang, dan mula mencongak dan berkira, nak beli di Mangga Dua , atau di Tanah Abang, walaupun harganya berbeza banyak!




Zul dah pandai memilih baju Pak Lurah ni. Selama ni dia duk admire aje setiap kali saya berpakaian begini ke Masjid.

Kami disini hanya seketika, membeli apa yang tak sempat dibeli petang semalam, sekitar satu jam sahaja. Terus naik taksi pulang ke hotel, untuk disimpan pakaian yang telah dibeli. Menapak semula kebawah untuk makan tengahari di RM Natrabu dan berZuhur di Masjid bersebelahan.

Selesai semua, kami ke Gedung Keris, kira Kompleks membeli belah lah. Harganya, mak oi, mencekik darah. Tak berani membeli.

Dihadapan Mall Keris. Kami perhatikan hanya Mak Datin Mak Datin yang memasukinya, tersedia Jockey , senang Datin Datin, main masuk aje, kereta diatur pihak pengurusan.

Tunggu taksi tengahari lepas Zuhur ni siksa juga. Kira Sabtu ni, hari cuti.

Kami bergerak ke Taman Mini Indonesia, tambang taksinya sekitar Rp60,000 je.

Kalau dapat selesaikan jelajah ini, kira 'katam'lah jelajah satu Indonesia.


Dihadapan Taman Mini Indonesia

Berlegar legar di sekitar pintu utama ini, saya biarkan mereka membeli belah di gerai berdekatan. Banyak ole ole yang boleh dibeli disini, cuma harnya agak 'ter'mahal sedikit. Tapi, yang penting ada T/Shirt yang berlambangkan Jakarta dan Taman Mini Indonesia untuk di'tayang' kat Sungai Petani nanti.

Saya lebih menyandar kekerusi yang tersedia selepas selesai membeli tiket 'kereta gantung'.

Haaa, kereta Gantung? Apa tu?


Cable Car lah, itu yang bagusnya bila bahasa ibunda diutamakan, tak seperti kita yang berbangga menyebut Cable Car, mengapa tidak Kereta Kebal aje, hahaha.


Dah berkali kali dah saya jadi Pemandu Pelancung kepada rakan rakan yang sering mengikuti sama setiap kali saya ke Jakarta.

Ada Taman Tema lagi didalamnya. Harus koyak poket kalau bawa anak anak kecil kesini!


Rumah yang banyak kita temui di Danau Toba.....

Danau Taman Mini

Rumah Gadang Minangkabau.

Perjalanan berakhir sekitar 12 minit, dekat sahaja, dan kami berpatah balik ke tempat permulaan. Harga tiket adalah Rp25,000 saorang, kira dlm Rm8.50 sahaja.

Nak kemana pulak lepas naik Kereta Gantung ni?


Latiff Hariri
2131 02102011
Sungai Petani

No comments: