Bee Gees

Thursday 6 October 2011

Hotel Formule1 Menteng

Ini bukan acara promosi ya. Ini yang mahu saya kongsikan bersama, mengapa Hotel Formule1 Menteng menjadi pilihan saya setiap kali ke Jakarta.

Pertama, kerana ianya hanya mempunyai dua lantai sahaja, kalau tak silap, kamarnya tidak melebihi 70. Suasana tidak seperti hotel hotel lain yang lobinya sebesar dewan . Keselamatan terjamin, kerana orang luar tidak boleh masuk sewenang wenang, kerana pintu utama ke lantai 1 dan 2 berkunci, serta 'lift' yang hanya berfungsi dengan kunci. Di pintu masuk utama dilantai bawah, sedia menanti dua Satpam yang akan memeriksa dengan alatan pencegahan bahan letupan, serta setiap tamu sentiasa diperhati mereka.

Hanya 2 tingkat, lantai bawah untuk ruang niaga,ada Starbuck, ada cafe Arab, ada Pizza, ada kedai serbanika.


Kaunter pendaftarannya dilantai satu, kecil dan sederhana sahaja.

Persekitaran hotel agak menenangkan. Dibelakangnya ada bangunan parkir mobil, dari jendela kekiri, ada Taman Riadah untuk berjoging dan 'bercerita tentang masa hadapan' pasangan bercinta. Dihadapan kanan ada kedai foto, ada sebuah Mall kecil yang baru siap pembinaannya, kekiri ada Rumah Makan Natrabu, Masjid dan Mini Market yang bersih dan berhawa dingin. Disisi kiri ada CIMB Niaga(kira CIMB Bank lah), ada bank bank kecil, pejabat dan Mall Keris 4 tingkat. Gedung Keris ni besar dan menjual pakaian berjenama dan berharga mewah. Hotel ini berjiran dengan rumah rumah mewah seperti dipersekitaran Ampang Turf Club tu.
Kamarnya minima, jadi tak perlu kaunter yang besar.

Ini lantai kedua, terkunci rapi, tetamu tidak diundang agak payah memasukinya, kerana akan disoal siasat Satpam.
Dari lantai 1 menghala ke lantai kedua.

Pagi, sekitar pukul 550 . Kanan bangunan parkir, kami dapat melihat 'view' yang menarik setiap malam, hehehe.

Kalau datang dengan anak anak, saya pastikan 'view'nya dibahagaian hadapan hotel.

Pagi ni, kami sarapan mee segera dan karipap yang dipanas segera didalam oven mikro. Minum nescafe dalam tin aje, sambil memuatnaik foto foto kedalam blog.

Kamar nya kecil, tapi rapi, sesuai untuk bertiga. Barangan shoping yang sudah terbeli bertaburan....

Saya pernah berempat didalam satu kamar ketika bersama rakan rakan Oe1981, yang mana kami bertujuh turun seminggu untuk shoping perabut jati di Jepara, Semarang.
Waktu tu, kami beli dua konteiner perabut jati, pakat kongsi sorang sikit(banyak).

Hotel inilah port kami bertujuh.

Ini parkir yang kosong setiap pagi minggu,tapi malamnya dipenuhi 'mobil rosak'.

Malam, suasana disini bertukar seperti mini Chowkit tu, penuh gerai makan dan pasangan berpacaran disekitar hotel.(bukan didalam hotel ek)

Pekena sorang segelas es kelapa dingin. Nak berinternet, line timbul tenggelam..., guna wifi hotel.
Rasa boring? Panggil aje penyanyi jalanan ini, minta aje lagu apa yang anda inginkan, sebaiknya lagu Indonesialah.

Pernah saya meminta mereka menyanyikan lagu Malaysia - Suci Dalam Debu - Saleem, menjadi pilihan mereka serta Isabella - search.

Muzik merek simple, gitar, tepuk loceng, ada kalanya mini drum, dan seruling. Suara - mantab beb!! Bebudak AF pasti gigit jari punya.

Mereka tak kisah apa saja sumbangan, dan selesai menyanyi boleh minta lagi, atau ucapkan terima kasih sambil menghulurkan sumbangan, dan mereka akan pergi.

Selalalunya saya sumbangkan Rp5,000 untuk sebuah lagu.

Meja yuang sesuai untuk sebuah laptop.
Ok kan , untuk gang bujang.


Zul yang berjaya melihat 'View' malam dari jendela hotel, hehe.

Kelihatan pintu dilatar, yang terkunci rapat, tetamu tidak diundang, jangan fikir senang keluar masuk disini.

Tangga bergerak kesetiap lantai serta 2 lift beroperasi sepenuhnya 24 jam.

Dilatar kelihatan Cafe Arab dan starbuck, pintu disisi untuk turun ke CIMB Niaga dan gerai makan waktu malam.

Di Jakarta, ada dua hotel Formule1, satu lagi terletak di Cikini, kira berdekatan juga dan berhadapan dengan pusat membeli belah. Suasananya lebih ceria dan kamarnya melebihi 200, dan mempunyai 7 lantai. Saya belum pernah menginap disana, sebab lebih selesa di Menteng. Cikini dan Menteng jaraknya tak sampai 4 km pun.

Saya pernah menginap didaerah Sabang dan Mangga Dua. Hotelnya ada yang 2 bintang, ada yang 5 bintang, tetapi suasana agak hiruk pikuk dan keselamatan agak merisaukan terutama bila kita bersama anak anak. Walaupun hotel 5 bintang, keadaan dan aktiviti malamnya tidak sesuai untuk keluarga.

Banyak apartment untuk disewa, harganya sekitar RM600 semalaman, kalau ramai, contoh 2 keluarga, berbaloilah, boleh masak dan sebagainya dengan 3-4 kamar. Kalau 5 beranak, saya ambil dua kamar Hotel F1 ini, baru RM250.00 , lebih kurang.

Kalau sendirian, ambil aje bilik budget yang harganya Rm50.00 di daerah Sabang tu, ada acon, ada kamar mandi, tak ada TV, ok jugak, nak tidur aje dan jimatkan perbelanjaan. Dan boleh menapak aje ke Tanah Abang tu!!

Ok, kepada yang mahu bersama dimasa hadapan, untuk belanja di Tanah Abang dan Mangga Dua, atau mahu ke Jepara beli 1 kontainer perabut Jati, boleh atur prjalanan bersama saya. Kita cuti 6 hari 5 malam di Jawa, dengan menaiki keretapi merentasi Jawa Barat ke Jawa Tengah.


Latiff Hariri
0805 06102011
Sungai Petani

No comments: