Taman Tasik Taiping yang permai dalam hujan.15102011
Balik ke Taiping hujung minggu ni, kalau tak disambut oleh hujan, bukan balik Taiping lah. Kami tiba di persimpangan lampu isyarat Kamunting/Batu Kurau/Taiping tu sekitar 140 petang, kelihatan arah ke Klian Pauh , awan gelap sudah menanti kami.
Jarang pun guna laluan ini, sebab dahulunya penuh dengan kuarters tenters dan agak sunyi laluannya. Kini, dah bertukar wajah. Mengapalah dijual tanah tanah ni kepada pemaju?
Belum sempat tiba di Penjara, hujan dah turun selebat lebatnya. Itulah Taiping.
Hujan ini menambahkan lapar kami, yang sememangnya belum makan tengahari. Jadi, tahu aje lah, kearah mana kami sebaik tiba di tengah bandar ni. Pertama, dalam ribut hujan ini, kami memasuki Restoran Doli. Pekena seorang 2 pinggan kue teow Doli!!
Ke Casual Market Taiping, untuk dibungkus 20 keping popiah, 4 mertabak dan RM5.00 kew teow kombat. Orang Taiping kalau tak tahu dimana ceruknya makanan yang enak enak ni, baik jadi orang Taipeh aje.
Nak minum petang ramai ramai ni.
Macam ni punya 'view' yang mengelilingi rumah kawan kita ni. Boleh dikatakan menginap didalam Mini Zoo Taiping.
Memang saya teruja dengan reka-bentuk kuarters bercirikan Malaysia era-50an dulu. Saya teringat rumah kerjaan yang pernah saya inap bersama Bapak di Lenggong dan Bukit Residen Kuala Kangsar suatu ketika dahulu.
Tuan rumahnya tiada, jadi saya buat macam rumah sendirilah.
Sambut tetamu yang pertama lepas kehadiran saya, iaitu saudara Sallehuddin, rakan OE1981 jugak. Tak pernah bertemu lebih 30 tahun, dan tak pernah sekelas pun, tapi, mula rapat lewat maya, sejak kebelakangan ini.
Hala tuju sejarah Perak khususnya Taiping,harus dititi dengan baik, supaya tiada yang tertinggal. Semangat kawan saya ini, lagi hebat dari saya .
Dan tetamu yang ketiga adalah abang ipar sekeluarga, tuan rumah ini.
Kami mulakan acara minum petang in tanpa kehadiran tuan rumah.
Zawawi hanya tiba dipertengahan minum petang, terus kami sambung bersama. Meriah meja dengan laksa Kuale dan kacang parang, cucor kodok dari stesen KTM Taiping pun ada.
Semakin masa berlalu, semakin ramai tamu yang datang, seoalah olah kami sedang berhari raya dirumah orang kawan ni. Punyalah ramai rakan rakan Awie/Zed yang meraikan kepulangan mereka yang merantau sekian lama ke negeri orang tu.
Rumah masih berkeadaan 'kapal yang nak berlayar'(istilah kapal dulu, kapal sekarang dah berubah) , sedangkan tamu tamu sudah mula bertandang. Kesian tuan rumah ni.
"Abah..... abah tahu tak abang Yeob pun ada sama?" itu penyataan Izzuddin kepada saya.
"Hah.., mana , mana?"
Saya terus menerpa keluar rumah. Tak tahu pulak Awi bawa pengiring dari Sarawak ni. Yeob ni orang Taiping jugak. Anak buah kepada Awie yang menjadi salah saorang orang kanan Pengiring kami yang ber17 orang, yang bertandang ke Kem Pakit , setahun yang lalu.
Terima kasih lah Yeob, tak ada ole ole yang saya bawa, tak tahu pulak Yeob dan rakan lain turut serta.
Tetamu makin ramai yang datang. Rakan rakan lama Awie serta abang beliau sekeluarga dari Batu Kurau, abang Idris.
Kami bergerak dengan satu kenangan menarik. Pertama kali memasuki kuarters yang terletak di Bukit Doremon ini, kerana kawasannya agak tersorok dan terkawal. Sedangkan dimasa kanak kanak dan remaja, saya hanya berkayuh dibahagian luar , terutamanya jalan yang berhadapan dengan 'keramat Tok Bidan' tu, kerana pernah jugak saya dan bapak serta keluarga bertandang kesitu diaakhir tahun 70an dahulu.
Saya ingat rumah kawan OE1981 kita, Si Abu Bakar Hashim (sekarang guru di Pahang), yang juga merupakan sepupu kedua saya, dari salasilah Bab Abdul Rahman.
Terus meluncur laju . Hujan dan berhenti. Kami terus ke Alor Setar.
Latiff Hariri
0831 221012011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment