Bee Gees

Friday 28 October 2011

Sepetang di Perlis

Rancang yang lain, jadi yang lain.

Pagi Sabtu ni tiada rencananya, sekadar menghantar kereta untuk dibaik-pulih apa yang patut, dan mahu ke Alor Setar.

Dalam duk termanggu manggu mencari rentak ni, pukul 11 pagi baru bergerak.

Tidak seperti biasanya, saya gunakan laluan Persekutuan, dari SP - Bedong - Gurun - Kota Sarang Semut - Pendang Lebuh Raya Plus - Alor Setar Utara.

Ya, kami tiba melepasi pukul 1220 tengahari. Dah time makan ni, terus ke Restoran Pumpong, yang agak terkenal tu.

Pesta makan makan.

Selesai , kami mundar mandir didalam kereta mengarah ke Bukit Pinang, terus ke Jitra. Teringat kepada Dr Rosli, tapi kami terjumpa klinik Dr Mohd Fadhillah di jalan utama Jitra ni. (Junior Dr Zed?)

Tak tahu kemana? Soalan mudah , tanya bebudak dalam kereta ni. Jawapan sepontan, Padang Besar. Dan saya sempurnakan pusingan 360 darjah di bulatan pekan Jitra ini, meluncur ke laluan persekutuan semula, mengarah ke bandar Arau, melepasi UITM, kami gunakan laluan desa ke arah Mata Air -Chuping - Padang Besar, punyalah dekat.



Pemandangan menarik mengarah ke Padang Besar dari Ladang Tebu Chuping.

Bukit bukau ini 'trade mark' Perlis.

Ladang Tebu Chuping berkeluasan 8000 hektar , dan suhu maksima 41' selsius.

Saujana mata memandang ladang tebu ini.

Kami di Bandar Padang Besar ni sekitar pukul 2 petang, berhenti seketika di ATM Maybank tu, minta duit sikit dari bank.

Bermulalah episod membeli dan belah, selepas membeli.


Saya minat jugak tengok kasut kasut sukan ni, harganya patut sangat sangat, tapi, kaki saya berukuran 'BigFoot' termasuk Izzuddin.

Baju orang perempuan , dari Siam tapi ada jugak yang dari negara jiran yang lain.


Bergerak meninggalkan Padang Besar sekitar pukul 430 petang. Meluncur laju didalam hujan yang teramat lebat. Saya beranggapan, banjir akan melanda Negeri kedah dan Perlis dalam masa terdekat ini.

Singgah semula di Bandar Alor Setar untuk menghantar anak pulang ke asramanya.

Kami tiba di Sungai Petani senja sekitar azan maghrib. Kereta yang dibaik pulih sudah tersedia semula dirumah. Senang kalau ada anak anak bujang kejiranan yang 'ringan tulang' mengatur kerja yang adakalanya saya tidak berkesempatan.

Sebenarnya, dari rumah saya ke Padang Besar, perjalanan menggunakan Plus dan terus keluar di Changlun dan memasuki simpang UNIMAP itu, saya kira tak sampai dua jam, anda boleh tiba di Bandar Padang Besar tu, sama jauhnya kiranya anda mahu ke Bukit Kayu Hitam/Danok Thailand tu.


Latiff Hariri
1127 26102011
Sungai Petani

No comments: