Bee Gees

Sunday, 18 November 2012

Perkahwinan Juwairah Hj Marwan

Kenduri kawin yang ini, pada awalnya, saya sangkakan di Seksyen 4 Shah Alam, tetapi 3 minggu sebelum tarikhnya, baru terima kad jemputan.

Rupanya bukan di SA, tapi di AS, bertukar, terbalikkan abjadnya sahaja.

Kami tiba sekitar 1245 tengahari, guna laluan Yan-Kuala Kedah .

Berhampiran Stadium Alor Setar

Mengapa bertukar tempat ni Haji Marwan?

Bersalaman dengan Tuan Haji Marwan ni, sememang dia tak akan lepaskan tangan begitu sahaja, sambil menyambut saya sekeluarga, dan berbual dengan tetamu yang lain, tangan saya tak mahu dilepaskan.

Sampaikan Izzuddin boleh mengambil masa untuk memfokuskan lensa kepada tangan kami berdua nih, haha.

Hj Marwan tarik tangan saya masuk keBalai Rong Seri......

Tapi, begitulah sikap dan perngainya Tuan Haji kita ini. Seingatan saya semasa berjiran dengan beliau suatu ketika dahulu, memang merendah diri dan tawadduk orangnya. Terlalu mudah dan cepat mesra. Tiada yang mewah mewah dari dirinya, sekadar Tshirt Pagoda dan kain pelekat menjadi pakaian rasmi harian beliau dirumah.


Dalam mengarah kami memasuki kedalam, masih sempat mengusik dan menyakat kami anak beranak

Makanannya teramat mewah, layan diri tanpa ada sekatan


Selesai makan sekitar 120 tengahari, Aqilah tergerak untuk bertemu rakan sejirannya, yang merupaka senior setahun beliau, Kak Lida, anak sulong Haji Marwan.

Sama sama sekolah di SRK Raja Muda Musa Sek 4 suatu ketika dahulu.

Pelaminan

Isteri Haji Marwan

Ipar Haji marwan yang merupakan warga Sungai Petani juga

Anak anak dara Tuan Haji Marwan, yang ingat ingat lupa kami sekeluarga, sebab usia mereka ketika itu kira bawah 4-5 tahun

Pengantin perempuan, anak Haji Marwan, Ju...itu aje yang saya ingat, anak nombor dua

Masih ada iras iras anak semasa kecil di Seksyen 4, Shah Alam.

Sama sepadan

Pengantin memasuki ruang sekitar 150 tengahari, kami tidak memasuki ruang pelamin, sebab dah puas melihat di ruang legar tadi.

Saya sekeluarga memohon diri untuk pulang, sudah menghampiri jam 2 petang

Salaman perpisah......


Tengok, dah bersalaman nak balik tu, tapi dia duk tarik tangan saya kehulu kehilir, tak bagi balik


Tuan Haji Marwan Abu Bakar merupakan Ketua Jabatan Kewangan UITM Shah Alam , suatu ketika dahulu, dan merupakan bos kepada Roziah, dan jiran 3 pintu dari rumah kami di Seksyen 4, Shah Alam.

Ayah beliau adalah saorang pemain politik yang terkenal suatu ketika dahulu.....

Kini sudah bersara, dan menunggu kelahiran cucu pertama beliau tidak lama lagi.

Terima kasih Haji Marwan atas ingatan jemputan ini

Latiff Hariri
1328 18112012
Sungai Petani

1 comment:

sunnah aksesori said...

saya kenal haji marwan...pernah khuruj skali dengan dia...huhuhuhu...